Seorang lelaki telah menyatakan hasrat untuk
menjadikan seorang gadis ini sebagai isterinya yang sah tetapi hasratnya
telah ditolak kerana gadis ini ingin berbalik kepada kekasih lamanya.
lelaki ini tidak sedih, tidak menangis, tidak meraung-raung, tidak marah-marah dan tidak bertindak kasar malah membiarkan gadis itu pergi.
maka datang seorang kawan menyapanya.
"kenapa
kamu tidak sedih dan mengapa kamu biarkan sahaja dia pergi kembali
kepada kekasih lamanya sedangkan kamu ingin menikahinya?"
lelaki itu menjawab :
"mengapa aku perlu bersedih? aku hanya
kehilangan seorang yang tidak pernah mencintai diriku sedangkan dia
kehilangan orang yang benar-benar mencintainya.
Mungkin Allah dan tentukan jodoh aku dengan
orang yang lebih baik daripada dia. dan buat apa memaksa orang yang
sudah tidak mempunyai hati terhadap diriku. seandainya dia memang
tercipta untuk ku dia akan kembali kepada aku. Allah itu maha adil lagi
maha mengetahui"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan