Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Jumaat, 29 Mac 2013

Raja Nusantara Empayar Langkasuka



Blog Isu Hangat, Isu Semasa dan Blog Hiburan Malaysia
[Ekslusif] Raja Nusantara Empayar Langkasuka 





[Ekslusif] Raja Nusantara Empayar Langkasuka


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala Puja dan Puji hanya untuk ALLAH SWT, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Itrah Ahlul Baitnya, para Imam pewaris ummat dan seluruh pembela mereka dari awal hingga akhir. Semoga kesejahteraan senantiasa bersama para perindu dan pencinta kekasih ALLAH SWT. Amiin...

Al-Fatihah....

Saya mulakan cerita ini dengan beberapa penerangan ringkas. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 22 Mac 2013 seorang pengguna facebook yang mendakwa dirinya sebagai Raja Nusantara Empayar Langkasuka telah menggemparkan dunia facebook tanah air kita dengan dakwaannya tentang pelbagai perkara.

Antara dakwaannya yang tercatat di laman facebooknya yang boleh di dapatidisini menyebut, bahawa beliau merupakan Raja Kedah yang sebenar secara tidak rasmi mulai sekarang (tarikh 22 Mac 2013), menjadi Raja di seluruh Nusantara, menjadi Pemuda Bani Tamim, menjadi penerus dan penyedia tapak untuk Imam Mahdi dan sebagainya lagi dakwaan yang telah menimbulkan 1001 tanda tanya pada ramai warga facebook khususnya dan turut sama hangat diperkatakan di dunia internet dalam negara kita. Sekiranya ada yang tidap dapat memahami apa yang saya tuliskan ini, diharap dapat membacanya disini (klik sini).

Sebelum saya meneruskan penulisan saya... Diharap anda semua dapat membaca beberapa peringatan di bawah ini.

1. Kepada hati yang mempunyai niat dan muslihat yang tidak baik, elok tinggalkan tulisan saya dan mohon agar tidak menimbulkan fitnah berdasarkan penulisan saya ini.

2. Kepada orang yang ingin melakukan "test" atau "ujian" dan seumpamanya dengan niat yang tidak baik, diharap agar melupakan niat anda tersebut.

3. Kepada yang tidak tahan maki, tohmah, fitnah dan tortue, juga diminta tinggalkan artikel ini dan abaikannya. Saya harap agar tiada yang memaki-maki atau memfitnah setelah membaca artikel saya ini.

4. Diharap kepada semua yang membaca agar berlapang dada dan mempersediakan hati-hati anda bagaikan kepingan besi.

Tanpa melengahkan masa, saya akan terus ke point-point utama yang ingin saya bentangkan agar segala kekeliruan yang selama ini timbul dapat dirungkaikan. Secara tidak langsung dapat memadamkan segala macam fitnah dan tohmah yang telah dilemparkan kepada Beliau dan kepada saya sebelum ini. Selamat membaca!

Bacalah dengan Jiwa yang tenang, bersama hati bagaikan kepingan besi!


Bismillahirrahmanirrahim.

1. Pada 26 Mac 2013, saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke suatu lokasi, dimana kami berkumpul di sebuah Surau di daerah Gombak untuk bertemu dengan beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah Raja Nusantara Empayar Langkasuka tersebut.

2. Setibanya saya di perkarangan surau, waktu sekitar jam 9.30 malam, baru selesai solat Isyak. Tetapi saya sudah solat awal-awal lagi di rumah kerana saya keluar agak lewat dari rumah. Setibanya di perkarangan, saya disambut beberapa orang rakan. Kami berlegar-legar seketika memerhatikan keadaan sekeliling oleh kerana Raja Nusantara sedang sebok dengan urusannya di dalam surau.

3. Saya terlihat sebuah kereta yang terdapat bendera empayarnya seperti yang tertera di dalam gambar di atas. Saya sempat memberi sedikit taklimat kepada beberapa orang rakan saya mengenai orang yang akan kami temui sebentar lagi dan menunjukkan bendera tersebut adalah bendera rasmi beliau. Suasana pada malam tersebut amat tenang dan syahdu. Bulan mengambang penuh.

4. Sekitar jam 9.40 malam, saya melihat Raja Nusantara seakan-akan sudah selesai urusannya. Saya terus masuk ke dalam Surau tersebut. Saya disambut olehnya di hadapan pintu surau. Kami bersalaman... Ketika itulah saya dapat merasakan tanda pada diri beliau.

5. Saya memperkenalkan diri sebagai "Brado Kapak" dan bersalaman dengan Tuanku diRaja. Kawan-kawan saya pun bersalaman.

6. Tuanku Raja mempelawa saya masuk ke surau. Dia membenarkan orang yang berurusan dengannya tadi untuk pulang dan tiba masa untuk kami berurusan.

7. Saya memulakan bicara dengan memperkenalkan diri saya dan bertanya tentang diri Tuanku. Orang kata, sesi "taaruf".

8. Setelah beberapa ketika, saya bertanya namanya. Namun tidak dijawabnya. Katanya, bukan sekarang untuk memperkenalkan nama. Saya tidak faham apa maksudnya. Ini kali pertama saya bertemu orang di luar tidak memperkenalkan namanya. Dan saya pun mengambil jalan yang sama dengan tidak memberitahu nama sebenar saya.

9. Sewaktu awal sebelum saya bertolak, saya ada menghubungi Tuanku untuk memaklumkan ketibaan kami malam tersebut. Pada mulanya saya agak berkasar dalam bertanyakannya beberapa soalan. Kerana ketika itu niat saya agak kurang baik. Kemudian dalam soalan seterusnya saya mengubah nada tulisan saya.

10. Setelah mendapat pengesahan yang kami boleh bertemu dengannya pada malam tersebut, barulah pada malam itu saya dan kawan-kawan hadir dan bertemu di surau berkenaan. Pada mulanya sebelum masuk ke surau, niat saya sudah berubah iaitu hendak mengetahui kebenaran. Akan tetapi berubah pula tatkala disambut rakan-rakan, saya terasa seperti hendak menguji.

11. Ketika bertanyakan nama Tuanku, Tuanku tidak mahu memberitahu namanya sebaliknya menceritakan serba-serbi tentang perjalanannya.

12. Katanya, pada 27 April 2012, Tuanku telah ke Gua Musang untuk bertemu dengan seorang Waliyullah. Tuanku bertemu dengan Almarhum Baba Haji Mohammad Tahir bin Haji Ismail. Ketika itu Tuanku hadir bersama rakan-rakannya. Beberapa ketika, Baba Tahir telah membaiah Tuanku dan menangis di hadapan Tuanku. Kata Almarhum Baba Tahir, "Kamu tak perlukan mereka ini (merujuk kepada kawan-kawan tuanku) semua. Kamu yakin pada ALLAH SWT, kamu sebenarnya lebih tinggi daripada mereka." Atau kurang lebih ucapan Baba Tahir itu, saya tidak dapat menyalinnya dengan baik.

13. Baba Haji Tahir telah menghembuskan nafas yang terakhir 3 hari selepas Tuanku bertemu dengannya. Kata Tuanku, Almarhum menghembuskan nafasnya kerana telah tiba masanya bahawa ALLAH SWT hendak mengambil nyawa-nyawa orang-orang salih yang lebih dikasihinya. Maka sekarang inilah tugas kita yang juga dikasihi ALLAH SWT tetapi yang diberi ujian lebih besar berbanding sebelum kita.

14. Tuanku berkata lagi pada saya, sekitar 6.45 petang, (tarikh disembunyikan), Tuanku telah dibaiah dari Langit di tempat di mana saya sedang duduk ketika itu menghadap Tuanku. Katanya, "Di tempat kamu duduk inilah, masa itu saya dibaiah."

15. Ketika baiah itu, kata Tuanku, suasana sejuk, hujan lebat turun, tetapi sekejap sahaja, Tuanku sehingga menggigil-gigil dan sebagainya.

16. Kemudian, Tuanku menjelaskan lagi bahawa sekitar bulan 3 tahun 2012, beliau telah diberitahu bahawa dirinya adalah pemegang amanah harta Langkasuka. Tuanku menegaskan, bahawa dia tidak klaim apa-apa dan dia menerima perintah terus daripada langit yakni melalui ALLAH SWT. (Saya tidak tahu sekiranya ini yang dimaksudkan dengan benar atau ia adalah kiasan)

17. Tuanku berkata lagi bahawa ada banyak code pada dirinya tetapi belum masanya untuk tunjuk semua. Tuanku berkata lagi bahawa raja-raja dan Dato Seri Najib Razak sudah bertemu dengannya. (Maafkan saya jika tersilap catat)

18. Pope Benedict telah dimaklumkan akan perihal tuanku. Kerana itu Pope telah meletakkan jawatannya. Pope akan datang atau mungkin Tuanku yang akan hadir ke sana menghadap Pope untuk suatu pertemuan. Pope didakwa akan melakukan pengesahan. (Pengesahan apa? saya tidak tahu)

19. Tuanku memaklumkan lagi bahawa dia sudah menghantar profail dirinya ke Istana Kedah, Istana Jalan Duta dan beberapa Istana lagi. Tuanku juga sudah ke Manila sekitar bulan Februari 2013 atas urusan harta kerajaan Sulu/Suluk.

20. Masih ingat artikel yang saya tulis dahulu tentang "Hikayat Duka Sultan Tidak Bertakhta" ? Artikel itu ada bercerita mengenai emas bukan? Tuanku pun mengatakan benda yang hampir sama. (Untuk makluman, saya tidak kenal dengan Tuanku sebelum saya menulis artikel itu)

21. Tuanku telah bertemu dengan penjaga emas harta kerajaan Sulu untuk beberapa pengesahan. Orang itu telah memberi satu surat kepada Tuanku dengan siap bertandatangan orang amanah negara Filipina, mengesahkan bahawa Tuanku adalah pewaris harta-harta kerajaan Langkasuka Nusantara. (Timbul persoalan, siapakah Ahmad Albab???)

22. Setelah itu saya mula menguji tuanku. (Niat tidak baik). Saya bertanya beberapa soalan. Alhamdulillah semuanya dijawab dengan baik oleh Tuanku.

23. Saya masih tidak berpuas hati. Saya bertanyakan soalan yang lebihkiller kepada Tuanku. Akhirnya Tuanku berhenti menjawab soalan saya melihatkan saya sedang menguji dirinya.

24. Tuanku berkata kepada saya bahawa hati saya tidak bersih. Kamu asyik rasa diri kamu baik dan paling bagus sahaja. Kamu itu kamu ini bla bla bla.... agak panjang juga.

25. Saya akui semua itu memang tepat kena pada diri saya. Saya masih mengharapkan cahaya kebenaran dalam pertemuan itu. Seorang yang benar tidak mungkin akan menghentam seseorang lain tanpa memberi jalan penyelesaiannya.

26. Tuanku berkata kepada saya, "kamu kena baiah dengan saya dan saya akan beri kamu suatu zikir untuk kamu mensucikan hati kamu. Kita kena bina balik apa yang telah Rasulullah SAW bina. Kita harus mulakan semula sekarang. Ummat sudah lama jahil, mereka rasa mereka tahu agama sedangkan tidak. Saya datang hendak membetulkan apa yang telah lama salah ini. Saya nak ajak orang balik kepada tauhid, kepada ALLAH, kembali mengucap 2 kalimah Syahadah dan belajar yang benar."

27. "Saya tidak bawa agama baru. Saya tidak bawa fahaman atau ajaran baru."

28. Saya mengambil peluang itu untuk bertanyakan satu soalan. "Tuanku pernah join tabligh ke?" Saya bertanya sedemikian memandangkan pemakaiannya agak kelihatan seakan-akan jemaah Tabligh.

29. Tuanku menjelaskan bahawa dia tidak bawa tabligh, dia tidak bawa sunni, dia tidak bawa syiah dan sebagainya. Dia hanya bawa Islam. Semua orang, sunni syiah salafi wahabi tabligh dan sebagainya yang harus ikut dia. Sebagaimana pelbagai fahaman yang bercelaru ketika zaman jahiliah telah mengikut ajaran yang dibawa Rasulullah SAW mengucap dua kalimah Syahadah.

30. Tuanku menjelaskan lagi bahawa apa yang dibawa Tabligh ada yang benar ada yang tidak. Yang tidak benarnya mereka tersangkut disitu sahaja. Mereka tidak mencari ilmu yang benar. Bab amalan sunnah mereka amat bagus. Tuanku menjelaskan bahawa dia juga rajin membaca kitab-kitab hadis yang biasa diamalkan oleh para Karkun.

31. Kemudian Tuanku menegaskan lagi bahawa hati-hati kami sedang kotor. Tuanku menjelaskan bahawa saya ini sebenarnya seorang pencari, pengkaji dan seumpamanya. Tetapi saya tidak jumpa jalan yang betul. Kadang-kadang dah jumpa, tapi ada sedikit yang tidak betul. Tuanku pesan agar baiah dengannya dan dia akan betulkan mana yang tidak kena. Tuanku berkata, kamu kalau betul jalan kamu, kamu nampak kah tanda pada diri saya? Saya kata ya! Saya nampak pada awalnya! Tetapi setelah kena marah ini, saya sudah tidak nampak lagi.

32. Tiba-tiba Tuanku sedikit tersentuh dan menitiskan air mata. Tuanku menegur kami yang datang (semua pemuda) itu kerana memakai pakaian kebaratan. (Kebetulan saya memakai jersi bola Malaysia dan berseluar jeans sahaja). Tuanku menyatakan, "Kamu kata nak ikut Nabi, tapi kamu tak amal apa yang Nabi amal... kamu pakai ini (jersey), kamu pakai ini (jeans), kamu guna ini (handphone), kamu guna itu (kamera), ini semua nabi tidak pakai. Tak salah kalau nak pakai, tapi beginikah caranya kamu mengatakan kamu sayang pada Nabi? Hari-hari kamu menulis tentang Islam, dakwah dan sebagainya, tapi apa yang kamu buat sebenarnya???"

33. Ketika ini saya benar-benar tersentak. Hati seperti tersentuh. Benar bagai dikata. Selama ini rupanya saya hanya pandai berkata-kata sahaja. Tetapi tidak menunjukkan konsisten yang saya ini cintakan Rasulullah SAW. Hanya cintakan RasulNYA ketika majlis Mawlid sahaja....

34. Tuanku meneruskan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini semuanya sudah terfitnah dengan fitnah dajjal. Tuanku mengaskan bahawa sekecil-kecil zarah pun yang dibawa oleh Rasulullah SAW, dajjal dah buat fitnah terhadap zarah itu! Sekecil-kecil zarah pun yang dajjal bawa, telah banyak orang Islam ambil!

35. Tuanku berkata lagi bahawa apa kerja yang dia bawa adalah kembali membetulkan ummat, membawa kepada syahadah yang benar, kepada amalan dan pegangan yang benar, kepada syariat yang benar, kepada pengamalan dan penghayatan tasauf yang benar dan kepada menjauhi fitnah dajjal.

36. "Sekecil-kecil apa yang Rasulullah SAW bawa itulah yang akan kembali saya bawa. Sebesar-besar apa yang Rasulullah SAW suruh tinggalkan itulah yang akan saya tinggalkan. Sekecil-kecil fitnah dajjal itulah yang akan saya jauhkan. Sebesar-besar fitnah dajjal itulah yang akan saya lawan." Kata Tuanku, atau kurang lebih bunyinya.

37. Alhamdulillah.... setelah berderu-deru pengucapan yang menyentuh jiwa itu, saya akhirnya menyedari apa yang telah saya lakukan selama ini. Benar bagai dikata, selama ini saya orang perasan sahaja rupanya. Perasan diri bagus.... :( Ampunkan daku ya ALLAH....

38. Kemudian saya meminta ruang daripada Tuanku untuk bertanyakan beberapa lagi soalan. Kali ini saya bertanya, "Siapakah Ahmad Albab???"

39. Tuanku mengaskan itu tidak penting. Tak perlu tahu! Sekarang ini yang penting adalah membetulkan apa yang sudah lama silap.

40. Saya mencelah lagi dan bertanyakan lagi soalan killer, "Siapakah Syuib bin Soleh??"

41. Kali ini apa yang Tuanku simpan telah terbuka. Tuanku berkata, "Ya, sayalah Syuib Bin Soleh."

42. Saya terus datang ke hadapannya dan merangkap tangannya menyatakan, aku sedia berbaiah.

43. Tuanku tersenyum. Akhirnya saya tahu mengapa bauan yang wangi pada awal-awal tadi hilang....

44. Tuanku berkata lagi, bahawa sekarang bukan masanya untuk kamu dibaiah. Nanti kamu datang lagi untuk dibaiah. Tuanku menyatakan bahawa orang-orang yang kasyaf dan benar niat ikhlasnya akan jumpa dan nampak tandanya. Jika ada sedikit kotor hati, maka hilanglah tanda itu.

45. Benar bagai di kata, pada awalnya saya memang benar hendak mengetahui kebenaran. Sejauh mana dakwaan Tuanku? Sejauh mana tuduhan yang banyak dilemparkan kepada Tuanku? Tetapi bila timbul rasa ujub dan hendak menguji orang lain, akhirnya saya tersungkur!

46. Tuanku kembali menegaskan bahawa dia bukanlah menuntut apa-apa takhta diraja. Bahkan sebenarnya dia adalah pewaris sebenar empayar Nusantara. Itu sahaja.

47. Tuanku menegaskan lagi bahawa dia bukan Imam Mahdi. Bahkan dia sebenarnya adalah seorang Pemuda Bani Tamim dan penyedia tapak kepada Imam Mahdi. Tuanku menyatakan lagi bahawa dia telah diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul untuk menghimpunkan 313 orang jemaahnya untuk sama-sama menegakkan panji hitam sebagaimana yang tertera di atas di mana-mana bumi ALLAH SWT ini.

48. Tuanku menjelaskan lagi bahawa kerja Panji Hitam bukan membawa kemusnahan akan tetapi melawan ideologi dajjal. Untuk berperang dengan dajjal. Lantas saya bertanya, "Perang apa?" Tuanku kata, "Perang psikologi dajjal".

49. Tuanku menjelaskan lagi maksud lambang yang ada pada benderanya. Katanya kalimah syahadah itu sudah biasa dilihat. Tetapi tambahan di sebelahnya adalah, segitiga bererti simbol kekuasaan Nabi ALLAH Sulaiman Alaihis Salam. Bulat itu simbol bumi. ALLAH SWT di atas adalah simbol kekuasaan ALLAH di atas muka bumi. Muhammadur Rasulullah dibawahnya lambang Rasulullah SAW senantiasa ada bersama ALLAH SWT dan penghormatan hamba kepada Tuhan, maka Rasulullah SAW berada di bawah dan ALLAH SWT di atas.

50. Tulisan bahasa Melayu disekelilingnya melambangkan bahawa inilah bani Jawi atau Tamim yang dimaksudkan. Nusantara merujuk kepada TIMUR atau Timur Jauh. Langkasuka lambang atau simbol kepada pewaris darah keturunan Sulaiman Alaihis Salam.

51. Tuanku menyatakan bahawa Tuanku adalah berdarah Sulaiman Alaihis Salam di sebelah bapa dan berdarah Rasulullah SAW disebelah ibu. Kemudian saya bertanya, "Apa cerita pula Imam Mahdi?"

52. Tuanku menyatakan bahawa dia bukan Imam Mahdi dan dia hanya penyedia tapak untuk Imam Mahdi. Tuanku akan menyediakan kerajaan dan tampuk kerajaan dan kekuatan askar untuk melawan Dajjal. Setelah semua sudah ada, Tuanku akan menyerahkannya kepada Imam Mahdi setelah Imam Mahdi dibaiah di hadapan Kaabah. Tuanku menegaskan dia antara yang mengenal Imam Mahdi dan akan membaiahnya kelak. Tuanku menegaskan lagi bahawa kerajaannya adalah di Nusantara meliputi Malaysia, selatan Thai, Indonesia, Brunei, Singapura hingga ke Selatan Filipina.

53. Tuanku menyatakan lagi bahawa dia tidak pernah meminta atau klaim apa-apa takhta kerajaan tetapi hanya menghantar profail dirinya kepada beberapa Istana. Iaitu termasuk Istana Kedah, Istana Jalan Duta, Istana di Palembang, di Pejabat Amanah Manila, pejabat Pope Benedict dan beberapa lagi yang tidak dinyatakan.

54. Tuanku menyatakan lagi dalam sedikit masa akan gempar tentang dirinya. Bukan kerana tuntutannya tetapi kerana apa yang dibawa bersamanya. Tuanku turut menyatakan dia telah ditawarkan 5 billion wang (saya tidak tahu apa currency yang digunakan) untuk Tuanku gunakan. Tetapi Tuanku telah menolaknya bahawa dia tidak akan memakan harta hak rakyatnya. Tuanku menyatakan juga yang dia tidak mahu istana apa-apa, jika surau kecil ini pun menjadi istananya, sudah cukup baginya.

55. Tuanku menegaskan lagi bahawa sesiapa yang ingin berbaiah dengannya boleh menghubungi dengannya di kawasan Surau tersebut. Tuanku menyatakan yang dia hanya menghantar profail dirinya dan selebihnya dilakukan oleh para Sultan, Raja, unit Risik dan MKN. Tuanku tidak tuntut apa-apa. Tuanku nyatakan jika benar tidak lama lagi Sultan Kedah sendiri akan isytiharkan. Kita nantikan...

56. Tuanku menyatakan lagi bahawa, MKN, Risik dan orang-orang kenamaan dalam kerajaan sudahpun dimaklumkan tentang dirinya. Dan dia tidak ditangkap malah diberi jalan mudah untuk keluar masuk Istana. "Personaliti" yang pernah dinyatakan oleh Sultan Kiram III dahulu adalah Tuanku sendiri.

57. Setelah lama mendengar segala penjelasan Tuanku, akhirnya kami mengambil kata putus untuk menamatkan perbicaraan disitu kerana segala apa yang terbuku di minda dan di hati telah berjaya dirungkaikan. Alhamdulillahi Rabbil Alamiin.

58. Sekitar jam 11 malam kami menamatkan bicara. Kami bersalaman dan Tuanku menyatakan, jadilah Ikhwanku..... Ikhwanku.... Ikhwanku....

59. Setelah itu kami keluar dan saya meminta untuk bergambar. Dan beberapa keping gambar telah ditangkap. Satu saya kongsikan di atas.

60. Suasana di luar sangat sejuk ketika itu. Syahdu dan nyaman. Ketika di dalam surau sebelumnya pun agak sejuk. Bulan masih mengambang syahdu. Kami berbual sedikit di luar tentang beberapa perkara yang tidak saya nyatakan disini.

62. Sekitar 11.30 malam, kami bersalaman sekali lagi tanda perpisahan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku atas segala keperihatinan Tuanku menegur kami para anak muda ini dan segala jasa memberitahu perkara yang benar.

63. Saya telah berkata pada Tuanku bahawa saya akan menulis tentangnya. Dan ini tulisan saya. Tuanku, jika ada salah silap mohon tegurkan hamba yang banyak kesilapan ini.

64. Setelah Tuanku beredar, saya dan rakan-rakan terus ke kedai makan berhampiran untuk menjamah selera memenuhi makan malam. Walaupun tidak makan sebelum itu tetapi tidak terasa lapar ketika berbicara.

65. Setelah itu kami pun bersurai dan pulang dengan keadaan lega. Alhamdulillah was Syukru Ila ALLAH. Segala yang terbuku telah terjawab. Segala persoalan sudah terlerai. Segala tohmah telah terbela. Segala fitnah telah terhapus.

66. Saya berharap agar segala tohmah, tuduh, fitnah dan sebagainya yang telah dilemparkan ke atas Tuanku dan ke atas saya dapat dihentikan. Saya tidak membela orang gila atau seumapamanya. Saya mencari kebenaran dan saya menyatakannya sehabis mungkin tanpa bias.

67. Berdasarkan cerita saya di atas anda dapat nilaikan sama ada benar atau tidak. Saya tidak menghukum. Lantas sesiapa yang merasakannya benar, jika tidak yakin, tunggu sahaja pengumumannya. Jika tiada, baru salahkan. Jika merasakannya tidak benar, anggap sahajalah ia sebagai dongengan dan hentikan tuduhan cerca dan tohmah ke atasnya. Itu bukan sikap seorang yang mengaku dirinya Islam.

68. Saya nyatakan lagi bahawa tidak semestinya Tuanku adalah Syuib bin Soleh dan tidak mejadi kewajipan mempercayainya melainkan anda benar-benar mencari kebenaran. Anda harus datang sendiri bertemu dengan Tuanku untuk bertanya pada dirinya. Saya sudah bertanya, dan ini apa yang saya perolehi.

69. Saya nyatakan lagi bahawa segala apa yang saya tuliskan di atas adalah benar berlaku bukan rekayasa dan bukan tokokan. Saya nyatakan lagi bahawa apa yang dibawa oleh Tuanku dan diceritakan oleh Tuanku saat kami bertemu setakat ini tiada apa-apa yang bertentangan dengan Syariat Islam sebagaimana yang umum fahami.

70. Saya nyatakan lagi bahawa Tuanku ketika kami bertemu dengannya sangat merendah diri. Memakai pakaian seperti tertera di gambar di atas. Tidak mencari duniawi. Tidak ada mengklaim apa-apa. Dan dia telah menyatakan bahawa dia telah dibaiah sebagai Syuib bin Soleh. Siapa yang membaiahnya? Kerana apa? Itu anda harus tanyakan pada dirinya sendiri.

71. Saya menegaskan sekali lagi agar tiada lagi orang yang menuduhnya di laman facebooknya dan tiada yang menohmahnya lagi. Mungkin apa yang tercatat disitu agak keterlaluan bagi sesetengah orang, akan tetapi Tuanku tidak pernah memaki mencaci orang lain sebagaiman cacian, perli, maki, tohmah dan fitnah yang diterimanya. Amat keterlaluan sehingga ada orang yang sanggup mengedit gambar Tuanku dengan pelbagai ragam yang saya kira sudah melampaui batas-batas Islam.

72. Saya menegaskan lagi bahawa saya harap agar kita para ummat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar-benarnya. Agar kita kembali menghayati kalimah Syahadah yang kita yakini dan kita imani. Agar kita kembali mengenal Rasulullah SAW yang kita yakini sebagai Nabi Akhir Zaman.

73. Saya menyeru agar kita semua meninggalkan perdebatan sia-sia, agar meninggalkan propaganda yang buruk, agar meninggalkan kerja-kerja perpecahan yang telah lama kita lakukan dan telah lama kita tertipu dengannya. Saya berharap agar tiada lagi Sunni tiada lagi Syiah tiada lagi Wahabi atau salafi, akan tetapi hanya satu, iaitu Islam sebenar-benarnya mengucap dua kalimah Syahadah sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bersatulah dibawah satu kalimah, semoga kita tergolong dalam kalangan 1 golongan yang selamat daripada 73 golongan.

74. Saya menyeru lagi agar kita semua sama-sama perbaiki diri. Tidak perlu mempertikaikan siapa "Raja Nusantara" ini? Betul atau tidak? Jika mahukan kebenaran carilah dia dan jumpa. Bukan mereka yasa cerita dan sebagainya sangkaan dan dakwaan. Tidak perlu juga meyakini akan cerita saya sekiranya anda rasa ia bertentangan dengan diri anda. Tetapi yakinlah bahawa kelak memang akan diutus kepada ummat ini seorang Imam yang akan menyatukan ummah iaitu Imam Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dialah Al-Mahdi yang datang dari kalangan Itrah Ahlul Bait pewaris Rasulullah SAW. Di tangannya lah pelengkap akhiruz zaman.

75. Terakhir, saya hendak mengingatkan sekali lagi agar tiada spekulasi atau cerita-cerita liar yang terhasil dari artikel saya. Jika ada niat tidak baik, seeloknya tinggalkan tulisan saya ini. Jangan ambil artikel saya sebagai modal untuk membuat perpecahan atau tuduhan. Kepada sesiapa yang hendak menyebarkannya, saya benarkan dan tidak perlu meminta izin. Kerana semua yang saya catatkan di dalam ini telah pun mendapat kebenaran daripada Tuanku. Ambillah apa yang baik dari diri Tuanku dan dari isi kandungan artikel ini, bacalah, jadikan ia panduan dan pedoman agar tidak kita tersesat di hujung jalan. Jika tersesat, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. Jika ada yang tidak kena pada artikel ini atau pada diri Tuanku, tinggalkanlah. Carilah jalan penyatuan, bukan lagi jalan perpecahan...

76. Terakhir daripada saya, semoga Islam akan kembali bersatu dan kita ummat Muhammad SAW dapat bersama-sama dengan keturunan Rasulullah SAW dan para Itrahnya untuk kembali menegakkan agama Islam ini. Semoga kelak kita kan sama-sama dapat meminum air telaga Haudh Nabi kita di dalam Syurga kelak daripada tangan Baginda Nabi SAW sendiri. Amiin....

WALLLAHU Ta'ala A'lam.

Khamis, 28 Mac 2013

Seorang murid pernah bertanya pada gurunya :



Murid : Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?



Guru : Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurut mu dan jangan pernah kembali ke belakang.



Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si murid kembali dengan tangan kosong dan hampa...



Guru : Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga walau satu pun?



Murid : Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya tapi aku tidak memetiknya kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah, namun ketika aku sampai di hujung baru aku sedar bahawa aku lihat tadi adalah yang terindah, dan aku pun tidak boleh kembali ke belakang lagi...



Dengan tersenyum Sang Guru berkata : Ya... itulah hidup, semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tidak akan pernah mendapatkannya, kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan....



Marilah kita fikirkan dan sedari bahawa apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik menurut Allah dan jangan pernah ragu dan merunggut, kerana kesedaran itu akan menjadikan kita merasa nikmat menjalani hidup ini... tidak ada kesempurnaan abadi dalam hidup ini...

Rabu, 27 Mac 2013

"riak"

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. 
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"...

Selasa, 26 Mac 2013

:)

Perempuan kalau senyum, 
memang indah kan? 
Kalau ketawa pun nampak comel. 
Tapi kalau ketawa tutup mulut, 
terserlah adab sopan. Lagi comel :)

Isnin, 25 Mac 2013

Sharing of the day

Ranking tersakit di dunia adalah seperti berikut ;

#1 - Sakit menghadapi kematian 

#2 - Sakit bersalin 

#3 - Sakit gigi 

#4 - Sakit perut atau seangkatan dengannya 

Sumber copy paste . Heheh..

Jumaat, 22 Mac 2013

Perempuan Bertudung Ini Merupakan Seorang “Sniper” Yang Hebat



By

Amekaw

– February 26, 2013Posted in: Berita, Luar Negara

Sumber post ini | Post ini telah dilihat sebanyak 1,762 kali



Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet.. Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria..














Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..

Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..

Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu.. Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..

“Saya suka bertempur.. Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya..

“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega.. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya..

Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain.. Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan..