Murid : Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang
paling sempurna dalam hidup?
Guru : Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga
yang paling indah menurut mu dan jangan pernah kembali ke belakang.
Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si murid kembali
dengan tangan kosong dan hampa...
Guru : Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga walau satu pun?
Murid : Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya tapi aku tidak
memetiknya kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah,
namun ketika aku sampai di hujung baru aku sedar bahawa aku lihat tadi adalah
yang terindah, dan aku pun tidak boleh kembali ke belakang lagi...
Dengan tersenyum Sang Guru berkata : Ya... itulah hidup, semakin
kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tidak akan pernah mendapatkannya,
kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah
keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan....
Marilah kita fikirkan dan sedari bahawa apa yang kita dapat
hari ini adalah yang terbaik menurut Allah dan jangan pernah ragu dan
merunggut, kerana kesedaran itu akan menjadikan kita merasa nikmat menjalani
hidup ini... tidak ada kesempurnaan abadi dalam hidup ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan