Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Isnin, 18 Mac 2013

EDISI SEDIH LAHAD DATU: AIRMATAKU BELUM KERING, JANGAN KAU HINA SUAMIKU...



09:00

Berikut adalah luahan hati seorang isteri anggota keselamayan negara.... "JANGAN KAU HINA SUAMIKU"...

"sepuluh orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. Aku? Bukanlah sebahagian dari ahli keluarga, bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka, bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik.
Aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.

""Ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi... cuma anggota bawahan. Seorang isteri anggota keselamatan. Sering ditinggalkan suami, sebulan, dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.""

Begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di Sulu, selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara mungkin teori tersebut diambil dari filem-filem perang, jenayah sahaja. Ya, selepas melihat filem tersebut anda memang mahir tentang nama senjata, tentang teknik itu teknik ini.

""Baju kalis peluru, bom itu bom ini. Wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? Tapi sayang, Kalian hanya hebat setakat di dalam Facebook, blog atau kedai kopi. Tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? Kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti perhimpunan Bersih, demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? Ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?"

"Sekadar bercakap, siapa pun mampu, buka mulut luas-luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. Cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja."

"Berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah, sambil berlari-lari memeluk... tapi akhirnya... yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.

ANGIN LAUT CHINA SELATAN

Tiada ulasan: