By
Amekaw
– February 26, 2013Posted in: Berita,
Luar Negara
Sumber post ini
| Post ini telah dilihat sebanyak 1,762 kali
Seorang perempuan bertudung yang
sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar
mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet.. Wanita
bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan
di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria..
Identiti perempuan bertudung lengkap
dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh
resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak
didedahkan..
Dia yang berusia 36 tahun merupakan
seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper
setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..
Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan
10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai
tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu.. Perkara itulah
yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad
tersebut..
“Saya suka bertempur.. Saat melihat
rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya..
“Menembak musuh membuatkan saya
berasa lega.. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak
‘yes” katanya..
Meskipun dia kelihatan berani dengan
snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini
turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain.. Dia kerap terjaga di
malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia
saksikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan