Semua orang pun cantik dan lawa sebenarnya. Tiada istilah hodoh, buruk pada
ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah dengan diri anda sendiri. Setiap orang ada
kelebihan masing-masing. Acapkali manusia tertipu dengan kecantikan wajah, dan
mengenepikan kecantikan akhlak. Seiringkanlah..jika hati cantik, akhlak
cantik..insyaAllah wajah kita pun akan tempias dengan kecantikan dalaman kita.
Hati anda cerminan wajah anda. :) Jangan
takbur, jangan riak, jangan pandang
rendah pada orang lain apatah lagi pandang hina pada orang. Sebab di sisi
Allahswt, kita semua sama sahaja tarafnya iaitu HAMBA Allahswt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan