berkata Alamah Zurqani dalam kitab
AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu, ” Allah
Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar
segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah
atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya
engkau Muhammad dibela atau dibantu,”
DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MENGASIHANI
Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam
Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan turunannya Hasan dan Husein
Hingga kiamat beserta Qur’an,
TELAH SAMPAI BERITA KEPADA AL-FAQIR
BAHAWA ADA SEORANG HAMBA ALLOH YG MENUDUH MEREKA YG BERAMAL DGN WAFAQ
KHOTAMUNNBUWWAH SEBAGAI AMALAN SYIRIK DAN BID'AH PADAHAL DIA SENDIRI TIDAK
MEMAHAMI APA ITU MAKNA SYIRIK...,MAKA DENGAN TAUFIQ INAYAH ALLOH DENGAN
RENDAH DIRI AL-FAQIR BERUSAHA MEMBETULKAN KEADA'AN YANG SEBENAR,MOGA MANFA'AT
UTK AL-FAQIR DAN SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN...
DI ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN NABI
MUHAMMAD S.A.W
NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN
NUBUWWAH HIKMATNYA MENENTUKANNYA MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU YANG
MENYUDAHI SEGALA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL DAN PULA CAP ITU DI BELAKANG
DIHADAPKAN KERANA APABILA NABI ITU KELUAR DARIPADA RUMAHNYA SENTIASA CAP
KHATAMUN NUBUWWAH INI KEPADA KITA AMAT BANYAK, SETENGAH DARIPADANYA SIAPA-SIAPA
YANG MENJADIKAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI SEBAGAI HIASAN DI RUMAH ADALAH AHLI
RUMAH ITU DIPELIHARAKAN ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN SEPERTI SABDA
NABI S.A.W YANG DIRIWAYATKAN SAIDINA ALI DI DALAM KITAB MAHAMATANIAH SABDANYA
BERMAKSUD “SIAPA-SIAPA YANG MENJADIAN IA AKAN LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU
(PERHIASAN BAGI RUMAH)DIPERLIHARAKAN OLEH ALLAH BAGINYA DARIPADA PENYAKIT TAUN
DAN WABAK DAN TADA MATI OLEH AHLINYA MELAINKAN ATAS TIAP IMAN DAN MELUASKAN
OLEH ALLAH DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA
DENGAN TIADA HISAB”.DAN DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS SABDA NABI S.A.W YANG
BERMAKSUD “BERMULA RUMAH YANG ADA LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU DI DALAMNYA
MAKA SESUNGUNYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN DAN
DARIPADA TIAP-TIAP SETERU, DAN TIADA DIMATIKAN MELAINKAN DIALIHNYA TEMPAT DUDUK
DI DALAM SYURGA DAN MELUASKAN OLEH ALAH TAALA DI DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN
DIA.DAN KATA IMAM AT-TARMIZI SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT KEPADA RUPA KHATAMUN
NUBUWWAH NABI S.A.W PAGI-PAGI DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PETANG DAN SIAPA –SIAPA
YANG MELIHAT PETANG DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PAGI DAN SIAPA-SIAPA YAN MELHAT
WAKTU MUSAFIR DIPERLIHARAKAN DAN DIBERKATIKAN HINGGA IA KEMBALI.
*******
Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a.
dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk
menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak
saudaraku ini sakit.’
Ketika itu, Rasulullah s.a.w.
menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keb...erkahan untukku dan berwudhu. Air
sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku
memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya.
Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin
Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari
Sa’ib bin Yazid r.a.)
*******
Ibrahim bin Muhammad pernah
mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan
sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan
berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para
Nabi.’”
(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali
bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin
‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera
‘Ali bin Abi Thalib k.w.)
*******
Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar
al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a.
sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang
tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan
terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri)
bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”
(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari
Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar
al-Yasykuri)
*******
Abu Buraidah r.a. menceritakan
tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa
baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah).
Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai
Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat
anda dan sahabat anda.’
Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman.
Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan
diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah
ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah
buat tuan.’
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada
para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam
yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah
atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a.
adalah budak seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan
beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja
di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w.
membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang
ditanam ‘Umar r.a. Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon
yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa
pohon yang satu ini?’
Umar r.a. menjawab: ‘Wahai
Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya,
kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”
(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits
al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang
bersumber dari Abu Buraidah r.a.)
*******
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya
kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id
al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di
bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin
Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari
Abu Nadlrah al-’Aufi)
*******
‘Abdullah bin Sirjis menceritakan
pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:
Aku datang menghadap Rasulullah
s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku
berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang
kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian
terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya
sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan
jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w.,
kemudian kukatakan:
‘Wahai Rasulullah, semoga Allah
s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’
Beliau pun menjawab:
‘Bagimu juga.’
Orang-orang (yang berada) ketika itu
bertanya:
‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan
ampunan untukmu?’
Ia menjawab:
‘Ya, dan juga untuk kalian!’
Kemudian, ia membaca ayat yang
bermaksud:
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu
dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.”
(Muhammad:19)
(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul
Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang
bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)
*******
Dari Jabir bin Samurah r.a.
mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:
“Aku pernah melihat khatam
(kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya
seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”
(Riwayat Sa’id bin Ya’qub
at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir
bin Samurah r.a.)
*******
Seorang wanita bernama Rumaitsah
bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya,
seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua
bahunya, tentu dapat kulakukan.
Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada
Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang
Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”
(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari
Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang
bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)
*******
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya
kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id
al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian
belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin
Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari
Abu Nadlrah al-’Aufi)
Diantara dua bahu nabi SAW ada cap
kenabian (Khatamun Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi
bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi sedang berada ni
Hijir Ismail( Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada
nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan
dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara
dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..
Dari kitab Madarijus
Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah
daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti
urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan
seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab
AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,
” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu
BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah
kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau
Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya
engkau Muhammad dibela atau dibantu,”
Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah
Menurut Mafhum Hadis yang
dipindahkan daripada Imam At-Tirmidzi ra. katanya:
“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH
dalam keadaan berwudhu’;
1. Pada waktu Subuh nescaya dia
dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara
dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir
maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun
tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dengan melihat,
ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri
Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan
Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai
bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu
berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan
cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.
Antaranya sesiapa yang menjadikan
tanda Nubuwwah Nabi SAW ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah
tersebut akan terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun dan wabak,
terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi SAW yang
diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang
bermaksud:
“Sesiapa yang menjadikan lukisan
KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada
penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan
ke dalam syurga tanpa hisab.“
Dan di dalam hadis yang lain yang
diriwayatkan daripada Annas ra. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Bermula rumah yang ada lukisan
KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada
kebakaran dan kecurian, dan daripada setiap musuh, dan tidak dimatikannya
melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi
olehNya dengan cahaya.“
......
Wafak Khotamun Nubuwwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan