Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Jumaat, 31 Mei 2013

:: HAKIKATNYA ::



SEBESAR-BESAR dunia yang HEBAT, BESAR lagi Negeri AKHIRAT... SEJAUH-JAUH Negeri AKHIRAT, Tidak sejauh KEMATIAN yang dekat... SEBERAT-BERAT ujian di dunia,, Tidak seberat ujian DI SANA... SEBAHAGIA-BAHAGIA alam dunia, BAHAGIA lagi HIDUP di Syurga...

Khamis, 30 Mei 2013

^_~



hari ini adalah hari KENANGAN untuk esok dan selamanya... terpulang pada diri sama ada untuk mencorakkanya dengan suasana kebahagian dan keseronokan ataupun kesuraman dan kesedihan.. ^_~

Rabu, 29 Mei 2013

::



:: Rugilah seorang lelaki itu yang melepaskan wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar wanita yang cantik wajahnya. ::



:: Bila sudah tiada, baru nak hargai, tercari-cari, baru terasa kehilangan. Itu lah manusia. ::



:: Hidup ini tidak selalu nya indah, Sering kali kita diuji, Ada masa kita terjatuh, Ada masa kita terluka, Ada masa kita sengsara dan merana, Dan sesungguhnya. ALLAH tidak akan menguji hambanya, sesuai dengan kesanggupannya. ::

Selasa, 28 Mei 2013

Isnin, 27 Mei 2013

Kadangkala

Kadangkala orang yang kita baru kenal mampu menjadi seseorang yang terpenting dalam hidup kita berbanding orang yang dah lama kita kenal :)

Ahad, 26 Mei 2013

adam

Masih adakah adam yang BAIK… Masih adakah adam yang boleh MENJAGA hawa.. Masih adakah adam yang boleh MENASIHATI hawa.. Masih adakah adam untuk MELINDUNGI hawa.. Masih adakah adam untuk membawa hawa ke jalan SYURGA..

Khamis, 23 Mei 2013

Perempuan

Perempuan cepat menangis, cepat terasa, kuat merajuk, cepat cemburu... Bukan sebab mengada-ngada tapi ALLAH cipta hati mereka lemah dan lembut......

Selasa, 21 Mei 2013

HARAPAN



INI JUGA HARAPAN KAMI sinis bukan sekadar sinis , sinis yang sangat "kami" maksudkan. selamat menjalankan tugas
karya oleh : MM Vectoristic



_ab_
 

by

Ustaz Azhar Idrus

Isnin, 20 Mei 2013

Terpinga-pinga

Terpinga-pinga melihat paparan skrin menunjukkan kekalahan dalam GE13 ini,
Sempit rasa dada, seakan tak percaya, seakan teruji dengan rasa marah, sedih, dan kemudiannya bertanya kepada diri sendiri "Dari mana datangnya kekalahan ini??"
Terus teringat suatu peristiwa di dalam al-Quran dengan pertanyaan yang sama,
terus menginsafi.. Kisah ketika kalahnya tentera Islam di medan Uhud. Apabila tentera Islam dihimpit dengan kekalahan, mereka bertanya:

-Anna haza?? (Dari mana datangnya [kekalahan] ini?)

dan Nabi Muhammad s.a.w menjawab sebagaimana yang diperintahkan Allah,

-Hua min 'indi anfusikum! (Ianya datang dari sisi (kesalahan) kamu sendiri!)

"dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan, yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda, kamu berkata: Dari mana datangnya (kemalangan) ini? Katakanlah : Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

"Why [is it that] when a disaster struck you, although you had struck with one twice as great before, you said, "From where is this?" Say, "It is from yourselves." Indeed, Allah is over all things competent."
[3:165]

Kita mengajak kepada perubahan yang besar, tetapi masih lagi kita pegun tidak mengubah diri kita sendiri! Apakah kita mengharapkan berubahnya pemerintahan barulah akan berubahnya diri kita?
Reflect back on ourself, my friends! Ini Kalilah!


by
Mohamad Yusri

Khamis, 16 Mei 2013

Fahamilah kata ini...

" DAP dan Bangsa Cina sepakat..Kenapa kita tidak bermuafakat? ini bukan isu perkauman tetapi isu tanggungjawab kita sebagai bangsa Melayu yang hanya bertindak menindas bangsa sendiri demi kejayaan yang sementara ? Walaupun lagu WARISAN di mainkan berulang kali di setiap majlis dan kita menitiskan airmata, namun sejauh mana penghayatan diri kita?

Fahamilah kata ini...

by

Akademi Al-Quran

Isnin, 13 Mei 2013

Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.


by
Tengku Hafizu Kamal.

Jumaat, 10 Mei 2013

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

"SHARE & LIKE" jika anda kagum dengan pentadbiran Tok Guru walaupun anda anak kelahiran di negeri lain. :)





by


My Networks

Khamis, 9 Mei 2013

SEMBANG POLITIK #2: SATU ANALISIS PRU13

Posting saya yang pertama berkaitan dengan politik telah mendapat maklum balas yang sangat banyak dan aktif. Ia sangat membuka minda dan membuatkan kita melihat perubahan landskap politik negara dari sudut yang lebih meluas. Mana-mana komen yang beremosi, terpaksa saya ‘delete’ demi menjaga keharmonian. Sebab kita mahukan diskusi ilmiah yang mematangkan fikiran bukan menyakitkan hati dan perasaan. Malah ada yang terpaksa saya ‘ban’ kerana mereka masih menyerang dengan kata-kata kesat meski pun telah diberikan amaran.

Daripada beratus-ratus komen yang diberikan, ia membuatkan saya melihat dari sudut pandang yang agak berbeza.

Apa yang berlaku daripada keputusan piliharaya yang telah diumumkan secara rasmi, BN secara keseluruhannya mengalami tamparan yang teruk dengan kekalahan beberapa menteri dan menteri besar, serta kemerosotan kerusi DUN dan PARLIMEN.

Apa yang kita lihat mungkin Tsunami Pengundi Cina yang beralih arah kepada PR (bukan sekadar DAP). Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain. Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN.

Seruan perubahan ini telah disambut oleh beberapa golongan iaitu 1) Golongan pengundi muda, Gen-Y, yang banyak terdedah kepada media sosial. Golongan ini tiada apa yang perlu mereka takuti. Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka. 2) Kaum Cina yang kebanyakannya bekerja sendiri, berniaga atau bekerja dengan syarikat swasta. Golongan ini juga tiada apa yang mereka takuti. Mereka tidak bergantung kepada pemberian, sebab itulah usaha memancing mereka ini tidak akan berhasil. 3) Orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.

Apa yang berlaku, kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku. Malah mereka mengankat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman. Setelah lebih 50 tahun BN menerajui negara, maka banyak pembongkaran telah dibuat melalui media baru. Sama ada apa yang dibongkarkan itu tepat, tidak tepat atau kurang tepat itu tidak lagi penting, yang penting ia berjaya melakukan satu gelombang yang menuntut agar dilakukan satu perubahan atau transformasi secara yang lebih besar dan lebih menyeluruh terhadap integriti pemimpin, cara mengurus dan kebajikan rakyat.

Apabila ia tidak nampak usaha membenteras dan mengatasinya dilakukan dengan serius, atau pada tahap yang memuaskan, maka rakyat (daripada 3 golongan di atas ) bangkit dan membuktikannya melalui pilihanraya. Cuma bezanya, Cina yang lebih ramai secara berani menyahut seruan perubahan yang PR laungkan ini. Maka kesannya, kerusi MCA banyak yang hilang iaitu daripada 15 kini tinggal 6 kerusi sahaja. Dan GERAKAN daripada 2 kini tinggal hanya 1 kerusi. Bagi sesetengah pihak, ia dikatakan perkauman (namun secara peribadi sentimen perkauman bukan perkara utama dalam PRU13 ini, tetapi ia lebih kepada sentimen mahukan perubahan). Bagi Kaum Cina sendiri ia dilihat sebagai satu pengorbanan dan percaturan politik. MCA dan MIC menjadi tidak berdaya disebabkan mereka tidak mampu menepis segala pendedahan-pendedahan dan isu-isu yang telah dibangkitkan kesan daripada pemerintahan BN sebelum ini.

Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan BN yang baru dibentuk dan diterajui oleh PM Dato’ Seri Najib kali ini bagi mengembalikan kepercayaan rakyat.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1) Melantik barisan Menteri Kabinet daripada mereka yang berintegriti dan boleh bekerja untuk rakyat.
2) Memperbaiki cara mengurus dan menyalur sumber agar lebih efisien, telus dan adil dan mengurangkan pembaziran dan ketirisan.
3) Mengambil kira manisfesto PR dan memanfaatkannya untuk kebaikan rakyat.
4) Merapatkan jurang perkauman dengan tidak lagi dilagu-lagukan dan ditakut-takutkan dengan isu-isu yang menimbulkan rasa tidak selamat dan tidak harmoni.
5) Meneruskan usaha-usaha 1 Malaysia yang sampai kepada golongan yang berpendapatan rendah dan luar bandar tanpa mengira parti.
6) Melakukan pembangunan secara menyeluruh tanpa mengira negeri itu di bawah pemerintahan siapa.
7) Lebih Islamik dalam kepimpinan dan meningkatkan kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah dan mula secara perlahan-lahan memberikan kefahaman tentang Islam kepada orang bukan Islam agar mereka mampu menerima undang-undang Islam dan melihat akan kebaikannya.
8) Dan pelbagai usaha yang baik dari semasa ke semasa.

Dengan cara ini, 5 tahun daripada sekarang, pastinya rakyat akan memberikan mandat yang lebih besar kepada mereka dalam PRU14.

Wah, banyaknya saya tulis kali ini.

SIla berikan pandangan tuan puan. Bincangkan secara berhemah sebab tulisan kita lambang peribadi kita. Anda boleh untuk tidak bersetuju. Fanpage saya ini aktif, oleh itu tulisan anda mungkin dibaca oleh mereka yang punya akses untuk lakukan perubahan ini.

NOTA: Keputusan sudah rasmi, yang mahu dibincangkan ialah apa yang patut dilakukan untuk 5 tahun ini . Membicarakan soal blackout, dakwat dan hantu, tidak akan berkesudahan. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana keputusan sudah rasmi. Jadi fokus terhadap apa yang perlu dilakukan dalam 5 tahun ini.


by

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Rabu, 8 Mei 2013

(SEMPENA PESTA DEMOKRASI)




Tidak kira anda parti cap apa sekalipun, baik pemerintah mahupun pembangkang. Bagi yang menyempurnakan syahadah dan memahami maksud syahadah anda memiliki tanggungjawab yang lebih besar harus dilaksanakan. Semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama kerana "ISLAM".

Janganlah terus menerus membesarkan api kemarahan dan dendam sesama kita. Mahukah kita menjadi seperti negara-negara Islam lain yang bergolak dan saling menumpahkan darah sesama sendiri? Tidakkah anda sedar, Malaysia adalah satu-satunya negara yang masih terselamat dari bala bencana seumpama itu? Renung dan muhasabah diri. Usah terlalu yakin dengan mengatakan atau merasakan perkara ini tidak berasas dan tidak mungkin berlaku pada kita. Pandang wajah ibubapa, anak dan isteri. Jangan terlalu leka dibuai mimpi.

Belajar mengubah nasib diri dan masyarakat dengan membangkitkan penguasaan ILMU dan ekonomi. Belajar berniaga. Rasulullah dan Para Sahabat ada meninggalkan tauladan dan ikutan kepada kita. Hanya perlu contohi sahaja. Tidak susah. Umat Islam dilahirkan untuk MEMERINTAH bukan untuk DIPERINTAH kerana BUMI ini milik Allah.

Anda jangan khuatir tentang siapa yang menjadi Pemimpin atau layakkah mereka? kerana seharusnya kita melaksanakan perkara yang TEPAT sebelum Allah menghantar Pemimpin pilihanNya kepada kita semua.

Umat Islam harus "KAYA". Kaya ILMU & kaya peribadi. Jika Umat Islam kaya ilmu, kaya akhlak, pasti POKET anda juga akan KAYA. Contohi zaman penguasaan ekonomi Umat Islam semasa penghijrahan ke Madinah. Bagaimana para sahabat menguasai perniagaan?

Mengapa kos sara hidup rendah dan percuma yang dicari? Sedarkah kalian itu semua hanyalah Racun kepada kebangkitan? Semakin ramai yang memerlukan keselesaan ini, semakin lemahlah Umat Islam. Jangan selubungi hidup anda dengan HASIL KARYA LORD REID. Ciptaannya yang hebat dan menguasai Dunia tanpa disedari saudara dan saudari.

Siapa yang diperintah dan siapa yang memerintah? Fikirkan..

Yang disoal nanti adalah "Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!"
Hanafi kah? Syafi'i kah? Maliki kah? Hambali kah? Ahmad bin Hambal kah? Imam Hassan kah? Khomeini kah? Mustafa Kamal ataturk kah?
Hanya satu sahaja jawapannya yang perlu kita laksanakan semasa hidup..

"AL-QURAN"

::: " Democracy Invades Islam " :::


by