untuk generasi baru yang tidak tahu apa2
mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg
berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.
1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah
seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan
Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada
kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.
2) beliau
adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada
ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman
terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik
minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang
disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.
3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu
diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga
menteri dalam negeri).
4) dalam usaha untuk menghentikan
pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan
oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan
pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.
5)
merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang
menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh
kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.
6) akhirnya kerajaan
dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung
kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan
keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2
lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti
kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang
bersedia nak berperang dengan komunis.
7) itulah antara
tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka
yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki
komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka
bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah
kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam
- tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.
8) rundingan
demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri
daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis,
arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup
atau mati.
9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan
serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan
dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung
berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.
10) pada
mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena
gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan
kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad
membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati
polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.
11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati
dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar
kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar
terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.
al fatihah untuk para syuhada memali.
http://al-hajari.blogspot.com/2013/01/memali-ringkasan-kisah.html
Mungkinkah Tertawa
Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
Sendiri Menyepi...
Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan