Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Rabu, 8 Mei 2013

(SEMPENA PESTA DEMOKRASI)




Tidak kira anda parti cap apa sekalipun, baik pemerintah mahupun pembangkang. Bagi yang menyempurnakan syahadah dan memahami maksud syahadah anda memiliki tanggungjawab yang lebih besar harus dilaksanakan. Semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama kerana "ISLAM".

Janganlah terus menerus membesarkan api kemarahan dan dendam sesama kita. Mahukah kita menjadi seperti negara-negara Islam lain yang bergolak dan saling menumpahkan darah sesama sendiri? Tidakkah anda sedar, Malaysia adalah satu-satunya negara yang masih terselamat dari bala bencana seumpama itu? Renung dan muhasabah diri. Usah terlalu yakin dengan mengatakan atau merasakan perkara ini tidak berasas dan tidak mungkin berlaku pada kita. Pandang wajah ibubapa, anak dan isteri. Jangan terlalu leka dibuai mimpi.

Belajar mengubah nasib diri dan masyarakat dengan membangkitkan penguasaan ILMU dan ekonomi. Belajar berniaga. Rasulullah dan Para Sahabat ada meninggalkan tauladan dan ikutan kepada kita. Hanya perlu contohi sahaja. Tidak susah. Umat Islam dilahirkan untuk MEMERINTAH bukan untuk DIPERINTAH kerana BUMI ini milik Allah.

Anda jangan khuatir tentang siapa yang menjadi Pemimpin atau layakkah mereka? kerana seharusnya kita melaksanakan perkara yang TEPAT sebelum Allah menghantar Pemimpin pilihanNya kepada kita semua.

Umat Islam harus "KAYA". Kaya ILMU & kaya peribadi. Jika Umat Islam kaya ilmu, kaya akhlak, pasti POKET anda juga akan KAYA. Contohi zaman penguasaan ekonomi Umat Islam semasa penghijrahan ke Madinah. Bagaimana para sahabat menguasai perniagaan?

Mengapa kos sara hidup rendah dan percuma yang dicari? Sedarkah kalian itu semua hanyalah Racun kepada kebangkitan? Semakin ramai yang memerlukan keselesaan ini, semakin lemahlah Umat Islam. Jangan selubungi hidup anda dengan HASIL KARYA LORD REID. Ciptaannya yang hebat dan menguasai Dunia tanpa disedari saudara dan saudari.

Siapa yang diperintah dan siapa yang memerintah? Fikirkan..

Yang disoal nanti adalah "Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!"
Hanafi kah? Syafi'i kah? Maliki kah? Hambali kah? Ahmad bin Hambal kah? Imam Hassan kah? Khomeini kah? Mustafa Kamal ataturk kah?
Hanya satu sahaja jawapannya yang perlu kita laksanakan semasa hidup..

"AL-QURAN"

::: " Democracy Invades Islam " :::


by

Tiada ulasan: