Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Khamis, 9 Mei 2013

SEMBANG POLITIK #2: SATU ANALISIS PRU13

Posting saya yang pertama berkaitan dengan politik telah mendapat maklum balas yang sangat banyak dan aktif. Ia sangat membuka minda dan membuatkan kita melihat perubahan landskap politik negara dari sudut yang lebih meluas. Mana-mana komen yang beremosi, terpaksa saya ‘delete’ demi menjaga keharmonian. Sebab kita mahukan diskusi ilmiah yang mematangkan fikiran bukan menyakitkan hati dan perasaan. Malah ada yang terpaksa saya ‘ban’ kerana mereka masih menyerang dengan kata-kata kesat meski pun telah diberikan amaran.

Daripada beratus-ratus komen yang diberikan, ia membuatkan saya melihat dari sudut pandang yang agak berbeza.

Apa yang berlaku daripada keputusan piliharaya yang telah diumumkan secara rasmi, BN secara keseluruhannya mengalami tamparan yang teruk dengan kekalahan beberapa menteri dan menteri besar, serta kemerosotan kerusi DUN dan PARLIMEN.

Apa yang kita lihat mungkin Tsunami Pengundi Cina yang beralih arah kepada PR (bukan sekadar DAP). Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain. Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN.

Seruan perubahan ini telah disambut oleh beberapa golongan iaitu 1) Golongan pengundi muda, Gen-Y, yang banyak terdedah kepada media sosial. Golongan ini tiada apa yang perlu mereka takuti. Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka. 2) Kaum Cina yang kebanyakannya bekerja sendiri, berniaga atau bekerja dengan syarikat swasta. Golongan ini juga tiada apa yang mereka takuti. Mereka tidak bergantung kepada pemberian, sebab itulah usaha memancing mereka ini tidak akan berhasil. 3) Orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.

Apa yang berlaku, kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku. Malah mereka mengankat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman. Setelah lebih 50 tahun BN menerajui negara, maka banyak pembongkaran telah dibuat melalui media baru. Sama ada apa yang dibongkarkan itu tepat, tidak tepat atau kurang tepat itu tidak lagi penting, yang penting ia berjaya melakukan satu gelombang yang menuntut agar dilakukan satu perubahan atau transformasi secara yang lebih besar dan lebih menyeluruh terhadap integriti pemimpin, cara mengurus dan kebajikan rakyat.

Apabila ia tidak nampak usaha membenteras dan mengatasinya dilakukan dengan serius, atau pada tahap yang memuaskan, maka rakyat (daripada 3 golongan di atas ) bangkit dan membuktikannya melalui pilihanraya. Cuma bezanya, Cina yang lebih ramai secara berani menyahut seruan perubahan yang PR laungkan ini. Maka kesannya, kerusi MCA banyak yang hilang iaitu daripada 15 kini tinggal 6 kerusi sahaja. Dan GERAKAN daripada 2 kini tinggal hanya 1 kerusi. Bagi sesetengah pihak, ia dikatakan perkauman (namun secara peribadi sentimen perkauman bukan perkara utama dalam PRU13 ini, tetapi ia lebih kepada sentimen mahukan perubahan). Bagi Kaum Cina sendiri ia dilihat sebagai satu pengorbanan dan percaturan politik. MCA dan MIC menjadi tidak berdaya disebabkan mereka tidak mampu menepis segala pendedahan-pendedahan dan isu-isu yang telah dibangkitkan kesan daripada pemerintahan BN sebelum ini.

Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan BN yang baru dibentuk dan diterajui oleh PM Dato’ Seri Najib kali ini bagi mengembalikan kepercayaan rakyat.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1) Melantik barisan Menteri Kabinet daripada mereka yang berintegriti dan boleh bekerja untuk rakyat.
2) Memperbaiki cara mengurus dan menyalur sumber agar lebih efisien, telus dan adil dan mengurangkan pembaziran dan ketirisan.
3) Mengambil kira manisfesto PR dan memanfaatkannya untuk kebaikan rakyat.
4) Merapatkan jurang perkauman dengan tidak lagi dilagu-lagukan dan ditakut-takutkan dengan isu-isu yang menimbulkan rasa tidak selamat dan tidak harmoni.
5) Meneruskan usaha-usaha 1 Malaysia yang sampai kepada golongan yang berpendapatan rendah dan luar bandar tanpa mengira parti.
6) Melakukan pembangunan secara menyeluruh tanpa mengira negeri itu di bawah pemerintahan siapa.
7) Lebih Islamik dalam kepimpinan dan meningkatkan kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah dan mula secara perlahan-lahan memberikan kefahaman tentang Islam kepada orang bukan Islam agar mereka mampu menerima undang-undang Islam dan melihat akan kebaikannya.
8) Dan pelbagai usaha yang baik dari semasa ke semasa.

Dengan cara ini, 5 tahun daripada sekarang, pastinya rakyat akan memberikan mandat yang lebih besar kepada mereka dalam PRU14.

Wah, banyaknya saya tulis kali ini.

SIla berikan pandangan tuan puan. Bincangkan secara berhemah sebab tulisan kita lambang peribadi kita. Anda boleh untuk tidak bersetuju. Fanpage saya ini aktif, oleh itu tulisan anda mungkin dibaca oleh mereka yang punya akses untuk lakukan perubahan ini.

NOTA: Keputusan sudah rasmi, yang mahu dibincangkan ialah apa yang patut dilakukan untuk 5 tahun ini . Membicarakan soal blackout, dakwat dan hantu, tidak akan berkesudahan. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana keputusan sudah rasmi. Jadi fokus terhadap apa yang perlu dilakukan dalam 5 tahun ini.


by

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Tiada ulasan: