Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu.
Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada
kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau
penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang
golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika
sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat
bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal.
Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak
balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam
tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.
Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa
kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada
sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka
mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di
jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah
menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman
terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak
membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang
melayu di hadapan Batu Road Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang
pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak
tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet
Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam
milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang
menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun,
setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan
kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah
berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi
negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah
dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan
Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi
pihak anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan