Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Khamis, 11 Oktober 2012

SYARAT-SYARAT USB




LAMPIRAN B

PELAN DAN BUTIR YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN
PELAN PEMBANGUNAN BAGI
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR.


1.     Pelan Petapakan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Selangor atau Majlis Perbandaran/Daerah berkenaan.

2.     Resit Bayaran sumbangan saliran bagi keseluruhan kawasan pembangunan.

3.     Pelan Ukur/pelan kontur bagi kawasan pembangunan yang disahkan oleh Jurukur Berlesen.


A.   PELAN KERJA TANAH

Pemohon adalah bertanggungjawab untuk mengambil semua langkah perlu bagi mencegah banjir dan hakisan tanah dikawasan yang digunakan. Pelan-pelan yang dikemukakan melalui pihak berkuasa tertentu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor hendaklah mengandungi butir-butir seperti berikut :-

a)     Cadangan perangkap kelodak (silt trap) lengkap dengan kiraannya mengikut Manual Saliran Mesra Alam.

b)    Semua paras platform ditapak kerja yang dicadangkan termasuk kontur dan lain-lain feature yang sediada.

c)     Butir kerja menggali dan mengambus tanah (cut and fill) termasuk keratin rentas (cross section) yang menunjukkan slop dan cerun yang dicadangkan.


B.   PELAN SALIRAN

a)     Pemohon bertanggungjawab bagi pembinaan system saliran dalam kawasan yang dimajukan, struktur-stuktur hidrolik dan saluran keluar darinya ke sungai atau saluran utama yang dipersetujui oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor termasuk membina pembetung dan lain-lain binaan yang diperlukan.

b)    Sekiranya tiada saluran keluar dari tapak yang dipohon itu, pemohon mestilah mencadangkan saluran keluar ke sungai atau parit utama yang sediada dan pemohon bertanggungjawab meminta kebenaran bertulis dari tuan tanah persendirian atau Pentadbir Tanah Daerah jika tanah kerajaan sekiranya saliran yang dicadangkan itu melalui tanah-tanah berkenaan.


C.   PELAN-PELAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK PERTIMBANGAN HENDAKLAH MENGANDUNGI DAN MENUNJUKKAN BUTIR-BUTIR BERIKUT :-

a)     Pelan lokasi (location plan) sekil 1 inci : 8 rantai menunjukkan lot-lot sekeliling yang diberi kelulusan jika ada. Tunjukkan dengan teliti Nombor Syif, Mukim dan Daerah, sekil dan arah utara (north point) jalan dan sungai.

b)    Pelan am (general plan) menunjukkan keseluruhan system saliran yang mengandungi butir-butir paras “invert”, aras saliran, jenis parit dan saiz struktur-struktur hidrolik. Pelan hendaklah juga menunjukkan saluran keluar bagi system saliran kawasan berkenaan ke sungai atau parit utama.

c)     Pelan menunjukkan rekabentuk parit utama yang dicadangkan termasuk struktur saluran keluar (outfall strugtur) ke sungai lengkap dengan keratin bujur dan memanjang (longitudinal and cross section).

d)    Pelan menunjukkan susunan jambatan, pembetung dan butir-butir struktur hidraulik yang lain yang dicadangkan.

e)     Kiraan hidrolik untuk parit infrasstruktur, parit utama dan sungai hendaklah berpandukan kepada Manual Saliran Mesra Alam yang diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia. Pelan hendaklah juga menunjukkan butir-butir  kawasan tadahan bagi keseluruhan system saliran tersebut. Kiraan hidrolik juga dikehendaki bagi struktur-struktur seperti jambatan, pembetung terjunan (drop) “bed control” dan lain-lain.


LAMPIRAN B1

PELAN DAN BUTIR-BUTIR TAMBAHAN KEPADA ‘LAMPIRAN B’ SEMASA MENGEMUKAKAN PELAN PEMBANGUNAN BAGI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KUALA LANGAT


1.    PELAN SALIRAN

a)    Saiz minima parit-parit konkrit adalah 600mm x 600mm “R.C. Struct” mesti dibina untuk tembok dinding bata parit konkrit yang melebihi 450mm tinggi pada jarak 3m c/c.

b)    Saiz minima pembetung kekotak adalah 750mm x 750mm. pembentung paip tidak dibenarkan. Pelan pembentung kekotak mesti dilengkapi dengan keratin bujur dan memanjang (Cross and Longitudinal Section).

c)    Parit konkrit berbentuk ‘U’ (U-Shaped Reinforced Concrete Drain) mesti direkabentuk untuk parit utama cadangan.

d)    “On Site Detention” mesti disediakan bagi setiap lot sebabaimana dicadangkan dalam laporan “Stormwater Management” atau sebarang “Detention Facilities” yang setara dengannya. Juruperunding pemaju perlu mengemukakan rekabentuk terperinci bagi “on Site Detention” semasa permohonan pelan perparitan bagi menentukan saiz mengikut criteria-kriteria yang ditentukan dalam “Manual Baru Saliran Mesra Alam” (Urban Sormwater Management Manual). System “On Site Detention” mesti dimasukkan ke dalam pelan saliran.

e)    Juruperunding dikehendaki mengemukakan pelan lakaran system saliran yang menunjukkan saliran keluar dari tapak yang dipohon itu sehingga ke parit JPS sediada.

f)     Pelan Saliran dan Kerja Tanah – 4 set perlu dikemukakan. Kiraan Hidrolik Saliran, Kerja tanah dan Laporan “Strormwater Manegement” – 2 set perlu dikemukakan.

Tiada ulasan: