Debu khayalan
Hanya membikin kau lupa
Pada yang nyata
Bagi mu kepalsuan
Dalam kegelapan
Di mana arah tujuan
Mencari ketenangan
Jurang bahaya
Iblis menghasut
Kau hilang ingatan
Kerana nafsu
Jalan ke lembah hina
Kau terlena dibuai mimpi
Kau adalah
Raja dimata
Sultan dihati
Berbangga diri
Insan sedarlah, insaflah dikau
Kau tenggelam dibawa arus
Kesesatan dan hina
Dosa usah kau hampiri
Insan sedarlah, insaflah dikau
Kau tenggelam dibawa arus
Kesesatan dan hina
Dosa usah kau hampiri
Debu khayalan
Yang hanya biasa mengecewakan
Kerana nafsu
Musnahlah segalanya
Usah disembunyi
Arah kau cari
Tak kau temui
Tiada ulasan:
Catat Ulasan