Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Rabu, 10 Jun 2015

Ubat Cyst

Adakah Anda selalu sakit perut dibahagian bawah atau sakit ketika datangnya haid dan mengalami kitaran haid yang tidak teratur? Disini kami akan membantu anda untuk menyelsaikannya.Bagi penyakit cyst,antara ubat yang ada untuk merawat penyakit jenis ini terdiri daripada Ubat Cyst moden, Ubat cyst tradisional dan langkah-langkah yang terbaik bagi mengubatinya.cyst adalah kantong berisi cecair, yang selalu dijumpai pada bahagian ovari wanita. Dianggarkan lebih dari 90 juta wanita di dunia (10-15%) pernah mengalami penyakit ini dalam usia remajanya.

Meskipun dalam banyak kes yang berlaku, penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya, tanpa memerlukan ubat. Namun demikian,sebelum ianya sembuh dan hilang dengan sendiri, biasanya akan menimbulkan rasa sakit pada pengidapnya, terutama bila cyst membesar. Disini akan diberikan beberapa tips agar dapat membantu para wanita untuk menentukan ubat cystnya dan kaedah terbaik bagi merawat penyakit tersebut.

Gejala 
cyst ovari yang patut diawasi adalah :
  • Kitaran Haid tidak teratur mengikut kebiasaannya.Kadang kala datang awal dan terkadang pula lambat.Faktor bilangan atau tempoh hari perlu juga dicermati untuk memastikan kitaran haid sempurna dan tiada masalah.
  • Selalu merasa sakit di bahagian pinggang dan sengal hingga ke punggung belakang dan juga di atas paha.
  • Sakit belakang ketika bersama suami.
  • Perut terasa penuh atau berat.
  • Tekanan pada rektum atau ginjal, yang menyebabkan wanita sering pening hendak pitam dan kurang lancar sewaktu membuang air kecil. 
LANGKAH- LANGKAH MERAWAT CYST:
Langkah 1
Bila anda mengalami gejala diatas, sebaiknya segera berjumpa doktor pakar kandungan untuk pemeriksaan lebih lanjut. Penyakit ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk ada yang solid, semi solid, berisi cecair, berisi rambut, atau gigi dan benda lain.
Langkah 2
Dengan penilaian doktor, tunggulah beberapa minggu untuk melihat adakah cyst ovari anda mengecil sendiri dalam lingkungan minggu atau bulan tersebut. Namun demikian, ianya boleh juga berulang kembali.
Langkah 3
Bila tidak juga mengecil kaedah yang terbaik adalah dengan tindakan membuang atau pembedahan kecil sahaja .
Langkah 4
Bila cyst itu disahkan sudah bersaiz besar, kaedah rawatannya adalah dengan laparotomi (iaitu pembedahan).
Langkah 5
Bila anda sudah melakukan laparotomi, namun masih lagi berulang cyst tersebut, maka kaedah rawatan terakhir adalah dengan membuang rahim secara kekal. Sesudah itu, doktor juga akan melakukan biopsi untuk melihat adakah kanser tersebut berbentuk ganas atau tidak .
PERHATIAN!!
Jangan abaikan tanda tanda yang terjadi pada diri anda seperti rasa sakit yang seakan menusuk atau pendarahan teruk kerana tanda berikut adalah bermaksud cyst sudah pecah.Ianya dapat membahayakan nyawa . Segeralah ke Hospital untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor.



     Al-Fatiah Buat Arwah Isteriku Norain Binti Othman 
     21/02/2014 Jumaat 8.50 Malam

Tiada ulasan: