Lamar Si Gadis
Kerana Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Sikapnya
Selasa, 16 Jun 2015
Nota Editor: Kisah perkahwinan sweet ini dipetik dari Facebook Yusof Hadhari yang
telah berkongsi bagaimana beliau jatuh cinta kali pertama dengan isterinya.
Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari pengantin baru ini. Didoakan
semoga pasangan Yusof dan Zawani ini kekal bahagia dan sentiasa saling
menyayangi hingga ke syurga.
Suatu hari, aku bertanya kepada guru.
Aku: “Bagaimana caranya agar kita mendapatkan
sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?”
Guru : “Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu
petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang!”
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman,
aku kembali dengan tangan hampa.
Lalu Guru bertanya : “Mengapa kamu tidak
mendapatkan bunga satu pun?”
Aku : “Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya,
tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada
yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar
bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin
kembali kebelakang lagi!”
Sambil tersenyum, Guru berkata : “Ya, itulah
hidup. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah
mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada,
yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.”
Pertemuaan yang tidak pernah disangka. Itulah jodoh.
Aku bertemu pertama kali dengan isteri pada Disember 2014,
pada asalnya kerana urusan kerja. Berbincang pasal design buku
baru keluaran syarikatnya.
Mungkin watak slumber bersahaja dia, menarik
perhatian aku. Memang aku tidak nafikan ada yang aku kenal sebelum daripada
ini, tapi nak jumpa “pakej” macam isteri aku ni mungkin susah. Kalau hangpa laki
la jumpa wanita yang jujur dan tidak mudah beremosi, jangan lepaskan dia.
Aku berfikir panjang nak melamar, dalam hati… “dia ni kenai aku
pun tak, tiba-tiba nak melamar”. Memang hati kering ja aku
waktu tu. Sebelum melamar dia aku pernah mimpi dia beberapa kali, mimpi yang
sama. Mungkin petunjuk yang kuat untuk aku. Aku whatsapp cakap aku suka dia,
nak melamar. Memang kalau fikir macam kelakar pun ada, tapi itu la ceritanya.
Dia balas, ” saya tanya family dulu”. Aku
melamar dia dekat hujung-hujung Januari 2015. Selang dalam 2 minggu macam tu.
Bulan Februari 2015, dia mesej “terima.”
Gambar berlagak cool, last ketaq tangan
nak uluq ke isteri. Haha. Yang orang tu (Zawani Mahadzir )
salam laju betol. Kalah flash kamera.
Mac 2015 family aku masuk merisik dan kami
bertunang pada awal Mei 2015. Mungkin tak banyak masa nak kenal sangat mendalam
antara satu sama lain. Aku yakin dengan keputusan aku, dan dia pun yakin dengan
keputusan dia.
Kami nikah pada 12 Jun 2015. Perkenalan yang sangat singkat,
sampai aku tak sempat tau makanan kegemaran dia apa, sebab aku rasa semua benda
dia makan haha. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, dulu pernah fikir
boleh ke ni, bertunang tak sampai sebulan terus nikah.
Hari pertama nikah keluar pi memanah,
baju pun tak tukar. Haha!
Betul orang cakap, cinta selepas nikah itu jauh lebih indah.
Mengajar kita untuk menerima kekurangan masing-masing dan yang penting kita
akan lebih bertanggugjawab dengan perasaan cinta itu.
Aku tanya isteri aku.
Aku : Dulu bagitau family macam mana, yang
saya melamar tu?
Isteri : Saya cakap kat mak, “Mak, Kak Long nak kawin.”
Aku : ……..
Yang sweet-sweet aku tak leh tulis, nanti
ramai jeles. Haha!
Buat sahabat-sahabat, mohon doakan kami moga pernikahan ini
sentiasa di berkati dan di redhai Allah. Jemput datang ke kenduri kami nanti.
copy dari : http://thevocket.com/lamar-si-gadis-kerana-jatuh-cinta-pandang-pertama-dengan-sikapnya/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan