Mungkinkah Tertawa
Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
Sendiri Menyepi...
Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
Isnin, 10 Disember 2012
sebagai tukang komen status
" Kepada tuan punya status dengan ini saya
meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka
atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda
dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya tidak..tahu apa yang
saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya
status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya
sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda
dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah
panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat
dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya
komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan
apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan
memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah
berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang
saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk
mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan
innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak
lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih
online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa
saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda
bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya
saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen
tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi
berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana
membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda
biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi
tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen
status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online,
maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya
suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini,
mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi
hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini,
maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya
menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri
komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang
lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya,
adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah
anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee
Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya
itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah
berakhirnya komen saya disini.... "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan