Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Ahad, 9 Disember 2012

Pintu

Ketika semua pintu telah terkunci,,

PintuNYA tetap terbuka…

Ketika setiap jalan telah tertutup,,

jalanNYA selalu terbentang…

ketika semua tangan telah terkekang,,

tanganNYA sentiasa terhulur…

ketika semua cinta telah sirna…

sayangNYA tetap tercurah…

ketika tak seorang pun mampu menolong,,

hanya pertolonganNYA yang kita harapkan…

ALLAH tidak pernah menjanjikan langit akan sentiasa biru,
Dan bunga-bunga indah akan bertaburan sepanjang jalan,
Namun..

ALLAH menjanjikan kekuatan dan pertolonganNYA pasti ada
Buat hamba-hambaNYA yang bersabar….

“Dan janganlah kamu merasa LEMAH, dan jangan (pula) bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang BERIMAN.” (Al-Imran:139)

Tiada ulasan: