~Rasa kehambaan~
Rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap TuhanNya
iaitu rasa miskin, jahil,lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila
diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kekurangan atau cercaan, seorang yang
memiliki rasa kehambaan akan nampak segalanya itu datang daripada Allah
s.w.t. Firman Allah dalam Surah At Taubah : 51 “Katakanlah (Muhammad) tidak
akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.
Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang
beriman” Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji.
Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak
mempersoalkan mengapa aku diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah
dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Firman Allah dalam
Surah Al Baqarah : 156 “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”
Mengapa kita diperintahkan mengucap istirja’? Kalimah ini sebenarnya
mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah
hamba milik Allah, kepadaNya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan
mesti diuji kerana kita adalah hambaNya.
~Rasa bertuhan~
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti
diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah, timbul pergantungan
kepada yang Maha Kuat. Bila rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha
Sempurna. Bila miskin, timbul rasa ingin meminta pada yang Maha Kaya. Rasa
pengharapan, pengaduan dan permintaan adalah hasil menghayati sifat-sifat
Allah yang Maha Sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan. Jika rasa
kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah sebaliknya rasa bertuhan
akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat.Seorang hamba yang paling kuat
di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah disisi Allah. Ketika itu
ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan
Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w yang
mententeramkan Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur dengan
katanya “La Tahzan Innallaha Maana – Jangan takut sesungguhnya Allah bersama
kita!” Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para Nabi dan Rasul, mujadid
dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan dengan kekuatan
majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang
mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup
mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah
mendapat pertolongan Allah s.w.t. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 153
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat” Bagi orang yang beriman,
ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai
maksud-maksud yang baik disebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun,
ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat,
ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Firman Allah dalam Surah Al
Baqarah: 214 Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada
kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang
terdahulu daripada kamu iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan
kegoncangan sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya merintih,
“Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
Mungkinkah Tertawa
Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
Sendiri Menyepi...
Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan