Mungkinkah Tertawa
Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
Sendiri Menyepi...
Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
Sabtu, 23 Julai 2011
senyuman
Senyuman adalah ibarat perhisan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Denagn senyum, kemanapun kita pergi, bersinarlah di sana cahata kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Semuanya dapat diatasi. Senyumlah, supaya alam turut tersenyum kepada anda. Benarlah bahawa senyuman pengubat segala penyakit di bumi. Senyuman itu ibarat daun, ketawa itu pula bunganya yang sempurna mekarnya. Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit. Bicaranya ... ialah senyum. Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan. Dibawanya gelak pipinya, dirsakan hari panas. Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan, jangan berjalan tanpa mempunyai maksud, jangan bertanya tentang yang tidak perlu padamu, jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain, yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal, dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan. Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan