Dari sebuah hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu darinya boleh datang dahulu atau kemudian.. maknanya,tidak mengikut urutan..
Dari Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Datang ke tempat kami Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat. Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"
Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."
Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."
1. Datang asap yang membuat kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
- Riwayat Muslim-
DATANG ASAP yang membuat kabut seluruh dunia.
Hal ini diterangkan oleh Allah yg bermaksud;
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata."
-Al Dhukan;10-
MATAHARI TERBIT DARI BARAT.
"Ibrahim berkata; "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitlah ia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu.
-Al Baqarah; 258-
DATANG DAJJAL PENIPU.
"Dipinggiran Madinah ada Malaikat. Penyakit taun dan Dajjal tidak masuk ke kota Madinah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
KELUAR BINATANG DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."
-Al Naml;82-
GERHANA DI TIGA TEMPAT (TIMUR, BARAT, & JAZIRAH ARAB)
"Yang mereka nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (utk mencabut nyawa mereka) atau kledatangan (seksa) Tuhanmu, atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu (tanda-tanda kiamat). Pada hari datangnya beberapa ayat dari Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yg blm beriman sblm itu. Atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah "Tunggulah, sesungguhnya Kami sama-sama ikut menunggu"
-Al An 'am;158-
YAKJUJ dan MAKJUJ
"Sehingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat tinggi."
-Al Anbiya';96-
TURUN AL-MASIH ISA BIN MARYAM
"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yg lurus."
-Al Zukhruf;61-
KELUAR API
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Belum lagi terjadi kiamat sehingga keluar api dari bumi Hijaz, yang menerangi tengkuk unta di negeri Basrah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
Yg di atas adalah tanda akhir..tp sebelum itu,tanda2 awal yg akan datang.. Lihatlah tanda2 awal ini,yg mana sudah kerap sekali berlaku pada hari ini..Nauzubillah..
Dari Anas, yg diriwayatkan oleh Abu Nuaim,kiamat akn ditanda oleh tanda-tanda awl sprt brikut..
Menyia-nyiakan solat.
Menyia-nyiakan amanah.
Memakan riba.
menghalalkan berbohong.
berbunuh-bunuhan.
menbuat bangunan yg tinggi2.
menjual agama demi kesenangan dunia.
memutuskan silaturahim.
org lemah ditindas.
dusta dianggap benar.
sutera mnjadi pakaian lelaki.
kezaliman bermaharajalela.
semakin banyak talak atau peceraian berlaku.
ramai yg mati secara tiba-tiba.
Semakin ramai yg meminum khamar atau arak.
Lelaki ingin menjadi perempuan dan perempuan ingin menjadi lelaki.
Itu adalah petanda awal.. Lihat sekarang,dunia kita yg semakin tua ini meghadapi hampir semua perkara tersebut. Jadi sekarang kita hanya menunggu petanda besar kiamat yakni 10 perkara yg tertulis dlm Al-Quran dan hadith mutawatir.
kita teruskan kpd petanda2 akhir kiamat..
1) Perkara pertama yang saya akan tulis mengenai ASAP atau KABUT seprti yg difirmankan oleh Allah dlm Surah Dhukan ayat 10.
Kata Ibnu Jarir; "Telah bercerita kepadaku Ya'qub yg didengarnya dari Abdullah bin Abu Malik, berkata;
"kami berangkat pagi hari ke rumah Ibnu Abbas, pada satu hari, maka beliau berkata."Malam tadi saya tidak tidur sepanjang malam." Kami bertanya mengapa? Beliau menjawab;"Kata mereka terbit bintang berekor, maka saya takut asap yang dijanjikan itu akan terjadi. Akhirnya saya tidak tidur sampai pagi."
Dari sahabat, Abdullah bin Umar r.a berkata;
"Akan keluar asap yg akan menjadikan orang mukmin seperti keadaan orang selesema. Asap itu juga masuk ke telinga kafir dan munafik sehingga jadilah ia seperti kepala yang dipanggang."
2. KELUAR BINATANG
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."
-Surah Al Naml;82-
Dari Abdullah bin Amr,bhw Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yg satu lagi akan segera menyusul."
Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.
Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah.
Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka.
Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mencakapi manusia dgn kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bhw kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."
Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.'
Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta.
Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti banteng, matanya seperti khinzir, telinganya sprti gajah, tanduknya sprt tnduk rusa, leher sprt burung unta, dadanya spt dada singa, warna spt harimau, rusuk sprt kucing, ekor sprt kibas, tinggi spt unta."
Apapun,cerita2 itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak trlalu mmpercayainya kerana tidak dijumpai dlm hadis mutawatir mengenai cirinya sprt itu.
Membaca hal ini membuat saya teringat akan satu kajian penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'.
Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yg berbeza-beza di muka bumi sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala sprt burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yg memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bhw umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat mana kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yg lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..
Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri binatang yg keluar itu nanti pandai bercakap2 dengan manusia. selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).
3.MATAHARI TERBIT DARI BARAT.
"Ibrahim berkata; "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitlah ia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu.
-Surah Al Baqarah; 258-
Pada masa berlakunya kejadian itu nanti,orang-orang sombong dan orang-orang kafir itu akn melihat kejadian yg nyata. Allah S.W.T ingin menunjukkan kekuasaanNya ats kehendakNya.
Firman Nya lagi;
"Kepunyaan Allah-lah masyriq (tempat terbit) dan maghrib(tempat terbenam).
-Surah Al Baqarah; 142-
Ketika itu juga bermakna telah TERTUTUP PINTU TAUBAT.
Apabila org2 kafir menyatakan keimanannya pada waktu itu,sudah tidak bermakna lagi. begitu juga dgn org Islam yg byk berbuat dosa, tidak diterima lagi taubatnya ketika itu.
Ibnu Abbas r.a berkata; "Tidak diterima dari org kafir satu amalan dan juga taubat apabila dia menyatakan keIslamannya. kecuali org kafir yg belum akil baligh, ketika dia melihat matahari terbit dari barat lantas dia cepat2 masuk Islam, maka diterima keIslamannya. Begitu juga org mukmin yg banyak berbuat maksiat, tidak diterima taubatnya."
Itu bermakna ketika berlakunya kejadian itu, bermakna sudah sampai waktu ghargharah (waktu nazak) dan tidak akn diterima amalannya.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda;
"Ada tiga perkara yg apabila ia sudah keluar tidak berguna lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yg belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya, iaitu matahari terbit dari barat, keluar dajal dan keluar binatang bumi."
-Hadis riwayat Muslim-
4,5,6.GERHANA DI TIGA TEMPAT (TIMUR, BARAT, & JAZIRAH ARAB)
"Yang mereka nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (utk mencabut nyawa mereka) atau kledatangan (seksa) Tuhanmu, atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu (tanda-tanda kiamat). Pada hari datangnya beberapa ayat dari Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yg blm beriman sblm itu. Atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah "Tunggulah, sesungguhnya Kami sama-sama ikut menunggu"
-Surah Al An 'am;158-
Dari Ibnu Majah, dari Huzaifah bin Usaid,katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak terjadi kiamat sebelum datang sepuluh tanda;
1.....
2...
3......
4.....
5.....
6. TERJADI TIGA GERHANA
Ramai orang2 kafir tidak mempercayai hari kiamat dan segala tanda-tandanya. Surah Saba' ayat 9 cukup mnjadi peringatan bg mereka.
Firman Allah;
"Jika Kami menghendaki, nescaya kami benamkan mereka di bumi ini atau Kami jatuhkan kepada mereka gumpalan dari langit. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Tuhan) bagi setiap hamba yg kembali (kepada-Nya).
-Al Saba';9-
"Dan orang-orang kafir berkata; "Hari berbangkit itu tiak akan datang kepada kami." Katakanlah (Muhammad); "Pasti datang , demi Tuhanku yang mengetahui masalah ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepada kamu."
-Surah Saba';3-
7.KELUAR API
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Belum lagi terjadi kiamat sehingga keluar api dari bumi Hijaz, yang menerangi tengkuk unta di negeri Basrah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
Dari Abdullah bin Umar, katanya Rasulullah s.a.w bersabda;
"Akan keluar api dari Hadramaut, atau dari laut Hadramaut, sebelum terjadi kiamat, untuk mengumpulkan manusia. Mereka bertanya; "Ya Rasulullah, apa suruhanmu kepada kami?" Rasulullah s.a.w menjawab; "Hendaklah kamu berlindung di negeri Syam."
-Hadis riwayat Tirmizi-
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda;
"Tanda kiamat yang mula-mula sekali ialah api yang mengumpulakn manusia dari Masyriq ke Maghrib."
-Hadis riwayat Bukhari-
Tidak hairan tentang keluarnya api itu dari bawah tanah, terutama sekali di daerah timur tengah yang di bawah tanahnya ada lautan yg mempunya bahan bakar seperti petroleum. Sedangkan di bumi yang tidak ada minyak pun kita lihat selalu terjadi kebakaran hutan dan orang susah utk memadamkannya.
Apabila api itu nanti datang,manusia tidak akan sanggup utk memadamnya dan org2 kafir tidak tahu harus lari ke mana.
Ada riwayat Al-Hakim dalam kitab Al-Mustradrak, dari Abdullah bin Amr bin Ash, katanya Rasulullah bersabda;
"Diutuskan api kepada penduduk bumi belahan timur. Api itu menghalau mereka ke arah barat. Mereka terdiam (menunggu) pada waktu siang atau malam tetapi api itu terus mengejar mereka seperti org mengejar unta yg patah kakinya."
Tetapi,kepada org2 yang beriman, api itu mendatangi mereka dgn baik. Api itu datang kepada mereka seperti seorg teman. Api itu tidak panas bagi mereka. Org2 beriman juga berjalan ke tempat perkumpulan mereka dan api itu mengiringi mereka dari belakang tanpa kekerasan. Api itu akan memimpin org yg beriman itu ke tempat mereka.
8.YAKJUJ dan MAKJUJ
"Sehingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat tinggi."
-Surah Al Anbiya';96-
Ada yg berpendapat Yakjuj dan Makjuj yg dikatakan akn datang menjelang kiamat itu adalah tentera Tatar dan Mongol yang datang menakluki Iraq. Tapi jikalau mereka itu adalah Yakjuj dan Makjuj, mengapa smpai skrg ini belum menyusul lg tanda2 besar lainnya?
Sabda Rasulullah;
"Sesungguhnya Allah SWT mewahyukan kepada Isa bin Maryam,setelah dia membunuh dajal; "Sesungguhnya aku telah mengeluarkan hamba-Ku yg tiada sanggup manusia membunuh mereka (Yakjuj dan Makjuj). maka berlindunglah hamba-Ku ke gunung.
-Hadis Riwayat Muslim-
Rombongan Yakjuj dan Makjuj ini akan keluar dari tempat2 yg tinggi, sehinggalah mereka tiba di satu danau yg disebut danau Tabriah. mereka tertarik melihat kejernihan air danau itu lalu mereka meminum airnya. Datang lagi rombongan mereka yg lain,tp airnya sudah kering diminum oleh rombongan Yakjuj dan Makjuj yg pertama tadi. Lalu mereka hairan dan berkata "Semalam masih ada air di tempat ini."
Imam Nawawi pernah ditanya ttg tentang yakjuj dan makjuj itu berkenaan apakah keturunan mereka?
Ibnu Abdul Bar berkata; "Ijmak (sependapat) para ulama bhw mereka itu adalah Yafits bin Nuh A.S.
Menurut ahli sejarah, ank Nabi Nuh ada 3 iaitu;
-Sam
-Ham
-Yafits
Sam adalah bapa org2 Arab,org Ajam dan org Rom. Ham adalah bapa org2 Habsyah dan Zanji. Dan Yafits adalah bapa org2 Turki termasuk Yakjuj dan makjuj. - Wallahualam-
Dari Zainab bt Jahsyin (isteri Rasulullah). Katanya Rasulullah s.a.w tidur di sisinya kemudian bangun dan kelihatan mukanya merah smbil berkata; "Lailahaillallah, celakalah bagi org Arab disebabkan buruknya keadaan yg akn berlaku, iaitu kedatangan Yakjuj dan makjuj dengan hari sekarang sudah begini dekatnya," sambil baginda mengisyaratkan jari-jari tangannya.
Mendengar yg demikian, Zainab berkata: "Ya Rasulullah, apakah kami celaka kalau di tengah2 kami masih ada org yg soleh?"
Rasulullah; "Ya, kamu akan tetap celaka disebabkan banyaknya org2 yg berbuat maksiat."
Dalam kitab Safwatut Tafasir ada mengatakan;
"Apabila dibukakanlah tembok yakjuj dan makjuj itu, maka mereka (krn banyaknya jumlah mereka) turun dgn cepat dari tmpt2 yg tinggi di bumi."
Kemungkinan mereka datang seperti air bah yg membanjiri, atau seperti binatang ternak yg dilepaskan dari kandang.
Menurut Ibnu Mas'ud,jarak antara kedatangan yakjuj dan makjuj dgn hari kiamat sama seperti wanita yg sarat mengandung atau hanya menunggu saat kelahiran. Bila2 shja akan keluar anak dr perutnya, mungkin siang, mungkin malam, pagi, petang dan sebagainya.
Nabi Isa juga pernah berkata;
"Setelah Allah membinasakan mereka, org2 muslim pulang ke rumah mereka masing2. Dlm keadaan demikian, keluar pula yakjuj dan makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana terlalu banyaknya yakjuj dan makjuj itu,maka semu tmpat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka makan semua makanan yg ada dan minum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan yg mereka makan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.
Orang2 mukmin ketika itu tidak tahan melihat kelakuan yakjuj dan makjuj lalu mereka berdoa kpd Allah supaya dibinasakan yakjuj dan makjuj itu. Berkat dari doa, yakjuj dan makjuj telah dimatikan oleh Allah. Selepas itu, timbul pula masalah yg cukup besar, yakni bangkai mereka yg bergelimpangan. Seluruh dunia terasa bau bangkainya. Akhirnya, Allah menurunkan hujan yg lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian ke laut."
9) AL-MASIH DAJJAL
Al-Masih boleh diertikan dengan menipu dan boleh juga diertikan dengan menyapu atau membersihkan. Nabi Isa juga disebut Al-Masih iaitu yg membersihkan atau menunjuki. Sedangkan dajjal digelar Al-Masih yg bermaksud penipu.
Apabila dajjal itu nanti datang,dia akan menyesatkan manusia lalu mengkafirkannya. Dajjal sungguh bijak menipu dan yg paling teruk sekali dia mendakwa dirinya sebagai Tuhan yg menciptakan alam. Setelah beberapa tahun lamanya dajjal hidup di dunia,hampir semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa a.s diperintahkan turun utk mengakhiri riwayat dajjal.
Sabda Rasulullah s.a.w;
“Tidak ada fitnah (bencana) yang paling buruk, semenjak Nabi Adam sampai hari kiamat, selain daripada fitnah yang dibawa Al-Masih Dajjal.”
-Hadis riwayat Al-Hakim dan lainnya-
GAMBARAN TENTANG DAJJAL
Pernah satu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah di hadapan manusia yang isinya antara lain menceritakan keadaan dajjal. Setelah membaca hamdalah (memuji Allah), beliau menceritakan masalah dajjal dengan sabdanya yg bermaksud;
“Di sini aku mengingatkan kamu semua. Tidak ada seorang nabi pun, semenjak nabi Nuh sampai dengan nabi-nabi sesudahnya, yang tidak mengingatkan umatnya atau kaumnya. Ingatlah bahawa aku ini adalah nabi terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajal akan datang kepada kamu nanti. Apa yang aku sampaikan kepada kamu sebenarnya belum ada disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu kepada kaumnya. Diharap setelah aku terangkan kepada kamu tentang dajal itu kamu tidak akan terpengaruh lagi. Di sini, aku katakan bahawa dajal itu cacat(buta matanya sebelah), sedangkan Allah SWT itu tidak cacat. Dan ketahuilah bahawa kamu tidak akan melihat Tuhan kamu sebelum kamu mati. Sedangkan dajjal datang kepada kamu pada waktu kamu masih hidup.”
Dajjal muncul dari kalangan orang-orang Yahudi. Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda;
“Keluar dajjal itu nanti dari kalangan orang-orang Yahudi Asbihan. Ia disertai oleh 70 000 orang-orang Yahudi yang pembohong.”
Orang-orang Yahudi ada berkata tentang dajjal.
“Dia (dajjal) adalah Al-Masih bin Daud. Dia akan muncul di akhir zaman. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia sanggup menahan sungai daripada mengalir.”
APAKAH DAJJAL ITU DARI GOLONGAN MANUSIA ATAU JIN?
Berlain-lainan pendapat ulama tentang asal kejadian Dajjal. Menurut satu pendapat dajjal dari golongan jin, yakni termasuk cucu iblis. Menurut satu pendapat lagi dajjal adalah dari jenis manusia, yakni cucu Adam a.s. Menurut satu pendapat lagi, ayahnya manusia sedangkan ibunya jin.
Sebenarnya dajjal adalah syaitan, sama ada ia dari jenis manusia, dari jin atau campuran keduanya. Dajjal akan muncul di akhir zaman. Tidak pasti apakah dajjal itu sudah lama wujud atau hanya lahir di akhir zaman. Ada yang mengatakan dajjal sudah ada semenjak dahulu lagi dan sekarang sedang diikat dengan rantai di satu tempat yang tidak ada yg mengetahuinya selain Allah. Ada juga yg berpendapat bhw dajal itu sekarang belum ada dan akan lahir di akhir zaman. Yang penting bagi kita dajjal adalah syaitan yg akn dikeluarkan oleh Allah menjelang sblm kiamat.
Ketika itu nanti keimanan manusia benar2 diuji dan pada masa itu juga nanti akan nampaklah siapa yang benar-benar beriman dan siapa yg munafik. Orang yg benar-benar beriman akan semakin kuat imannya da orang yg munafik akan semakin nyata kekafirannya.
Firman Allah S.W.T;
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yg lain perkara yg indah-indah untuk menipu manusia.”
-Al-An'am:122-
\Beerti Allah S.W.T telah menerangkan dalam kalamnya adanya syaitan dari jenis manusia dan jin. Dajjal adalah syaitan dengan makna jahat, sombong dan fasik. Syaitan boleh diertikan sebagai jauh dari rahmat Allah atau celaka, begitu jugalah keadaan Dajjal.
Rasulullah S.A.W telah menerangkan sifat-sifat dan cirinya bagi kita, begitu juga dengan besarnya fitnah dan keburukan yg dibawanya. Ramai orang muslin yg merasa dirinya kuat menghadapi gangguan dajjal, tetapi jika dajjal itu datang nanti, ramai di antara mereka yang percaya dajjal itulah Tuhannya. Nauzubillah. Ramai orang yg masih tertipu sekalipun rupa dajjal itu buruk dan matanya buta sebelah.
Melihat keadaan dajjal itu, dia tidak lain daripada syaitan yang berasal daripada jin atau dari campuran manusia dengan jin. Manusia tulen yg seaslinya manusia tentu tidak mampu hidup berabad-abad lamanya. Sedangkan jin tahan hidup sampai berabad-abad bahkan ada yang dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat. Iblis misalnya, dia diciptakan sebelum nabi Adam dan akan terus hidup sampai kiamat.
MALAPETAKA YANG DIBAWA DAJJAL
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah S.A.W bersabda;
“Tidak terjadi kiamat sebelum muncul 30 dajjal pembohong yg kesemua menyangka dia Rasul Allah, melimpah ruah harta, timbul pelbagai macam kerosakan (fitnah) dan terjadinya perang di sana sini.”
-Hadis Riwayat Ahmad-
Dari Abu Hurairah lagi, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Dalam golongan umatku ini akan muncullah orang-orang yang dianggap sebagai Dajjal dan pembohong. Mereka akan membawa Hadis-hadis palsu kepada kamu, iaitu yang tidak pernah kamu dengar dan tidak didengar oleh bapa-bapa kamu. Hati-hatilah terhadap mereka dan jangan smpai mereka menipu kamu.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah S.A.W bersabda;
“Dajjal itu buta sebelah matanya dan dia adalah pembohong besar.”
** Sebelum dajjal datang nanti,akan terjadi musim KEMARAU selama 3 TAHUN sehingga orang dalam kelaparan dan kehausan. Pada tahun pertama Allah S.W.T menyuruh langit supaya menahan sepertiga hujannya. Di samping itu Allah S.W.T menyuruh bumi supaya menahan sepertiga tumbuhannya.
Pada tahun kedua, Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan dua pertiga (2/3) air hujannya,di samping itu memerintahkan kepada bumi menahan 2/3 daripada tumbuh-tumbuhannya.
Pada tahuun ketiga, yakni satu tahun lagi menjelang turunnya Dajal, Allah S.W.T menyuruh langit supaya menahan sama sekali air hujannya sehingga tidak ada hujan turun sepanjang tahun itu. Di samping menyuruh bumi menahan tumbuh-tumbuhan secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi yang tumbuh.
Ketika dunia dalam keadaan yg demikian, iaitu kering-kontang, sementara manusia dalam kehausan, kelaparan, banyak jenis penyakit dan malapetaka, maka datanglah Dajjal dengan penuh kehebatan. Ketika dajjal muncul, sudah bnyk penyokongnya, banyak pengawalnya dan cukup persenjataannya. Tambahan banyak pula kelebihannya. Ini tentunya tidak lain untuk menguji keimanan manusia.
** Tentang kelebihan dajjal, dia memerintahkan langit supaya menurunkan hujannya, tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannnya, tiba-tiba tumbuh dengan suburnya. Kemudian Dajjal menyuruh sungai supaya mengalir, maka air pun kembali mengalir. Dia suruh supaya mengalir ke hulu, lalu airnya mengalir dari muara ke hulu. Dia suruh lagi supaya kering,tiba2 menjadi kering.
Dajjal juga menunjukkan kehebatannya menyembuhkan pelbagai macam penyakit,bahkan sanggup menghidupkan orang yg sudah mati. Dia berpura-pura mengajak kepada kebaikan dan perdamaian maka banyaklah pengikutnya. Dalam keadaan demikian,dia pun mengaku sebagai nabi. Ramai yg percaya, lalu akhirnya dia mengaku sebagai Tuhan. Sungguh dasyat sekali tipu dayanya.
Dia mempunyai segala peralatan untuk menghukum dan menyiksa org,bahkan dia MEMPUNYAI SYURGA dan NERAKA. Dia berkata; “Akulah Tuhan sekalian alam. Aku sanggup menghidupkan dan mematikan.” Nauzubillah.
Ada orang mukmin yang membantahnya, tiba-tiba Dajjal itu membelahnya menjadi dua bahagian. Setelah itu, dia hidupkan lagi dan berkata kpd org mukmin tadi; “Berdiri engkau.”
Orang mukmin itu pun berdiri. Dajjal itu berkata lagi. “Percayakah engkau aku ini Tuhan sekalian alam?”
Orang mukmin itu mengingkarinya lalu menjawab; “TIDAK! Engkau adalah Al-MAsih pembohong. Kami telah diingatkan oleh Rasulullah S.a.w tentang kedatanganmu di akhir zaman.”
Mendengar yang demikian Dajjal itu marah dan cuba membunuh org mukmin berulang kali tapi dia tidak sanggup lagi.Akhirnya dia mencampakkan org mukmin yang engkar kpdnya tadi ke dalam nerakanya. Ketika itu, orang-orang yang percaya kepada dajjal akn berkata; “Aku bersaksi bahawa engkaulah Tuhan sekalian alam.”
Dajjal itu tersenyum kemudian memasukkan org tadi ke dalam syurganya. Orang-orng yahudi pada masa itu kuat sedangkan org Arab semakin sedikit dan berkeadaan lemah. Dajjal sgt hebat kerana dibantu oleh syaitan dan jin.
Berita tentang makhluk besar dan kuat, ajaib dan mempunyai kelebihan luar biasa tersebar dalam media cetak dan elektronik. Beritanya gempar dalam akhbar dan majalah, di radio, tv dan sebagainya. Orang yang mengenal adanya Tuhan akan berkata; “TUHANKU, SIAPAKAH YANG DATANG INI?? BETULKAH ENGKAU YANG DATANG INI WAHAI TUHANKU??”
Sementara itu terdengar di sana sini orang yang mengatakan; “Oh, itulah Tuhan sebenar, dia telah menghidupkan ayahku yg sudah lama meninggal dunia.”
Ada yang berkata; “Dia telah menyembuhkan penyakitku.”
Ada juga yg berkata; “Memang, dia juga mempunyai syurga dan neraka. Kalau begitu dialah Tuhan sekalian alam itu.”
Begitulah keadaan manusia nanti. Ramai yg kufur kepada Allah S.W.T dan beriman kepada Dajjal. Rasulullah s.a.w selalu mengingatkan umatnya ttg bahaya Dajjal ini. Ertinya banyak hadis Baginda mengenai Dajjal. Nabi-nabi sebelum baginda juga selalu mengingatkan kaummnya. Tapi tahukah kita tentang hakikat syurga dan neraka yg dimiliki oleh dajjal itu?dan sejauh mana kehebatannya?
** Diriwayatkan oleh Ahmad, yang diterima dari Asma binti Yazid Al-Ansariah, berkata; “Pada suatu hari Rasulullah S.a.w datang ke rumahku. Beliau menceritakan masalah dajjal dgn sabdanya; “3 tahun menjelang kedatangan dajjal, terjadi kekeringan. Langit dan buminya menahan air dan tumbuhan. Sesungguhnya di antara kehebatan Dajjal itu, dia mendatangi orang Arab dan berkata kepadanya; “Kalau aku sanggup menghidupkan untamu yg sudah mati itu, apakah engkau percaya aku sebagai Tuhanmu?” orang Arab menjawab; “Tentu”. Maka syaitan pun menggambarkan seolah-olah untanya itu hidup semula. Begitu juga Dajjal membuat silap mata utk menghidupkan seorang ayah yg telah lama mati. Kata Asma lagi; “Kemudian Rasulullah s.a.w pergi utk satu urusan. Sahabat-sahabatnya yg turut mendengar keterangan Rasulullah itu, nampak gelisah mendengar keadaan dajjal.“
Asma berkata lagi kepada Rasulullah; “Ya Rasulullah, jantungku hampir sahaja tercabut mendengar cerita dajjal itu.”
Rasulullah berkata; “Seandainya dajjal itu datang pada waktu aku masih hidup, maka Allah-lah yang aku harapkan utk memelihara orang-orang mukmin.”
Mendengar yg demikian, Asma berkata lagi; “Ya Rasulullah, kami sudah tentu tidak sanggup menghadapi ujian seperti itu, bagaimana pula dgn org2 mukmin ketika itu nanti?”
Jawab Rasulullah; “Memadailah bagi mereka apa yg dilakukan oleh penduduk, yakni bertasbih dan mensucikan Allah.”
Diriwayatkan oleh Muslim, dari Anas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda; “Dajjal itu buta sebelah matanya dan di antara kedua belah matanya itu ada tertulis 'KAFIR'. Kalimat itu dpt dibaca oleh setiap muslim.
Diriwayatkan oleh Muslim lagi, dari Huzaifah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda; “Akulah orang yg lebih tahu mengenai dajjal. Dia ada mempunyai DUA SUNGAI yg mengalir. Sungai yg satu nampak putih dan yg satu lagi seperti api menyala. Kalau org yang melihat atau menjumpai sungai itu hendaklah dia pilih sungai yang nampak seperti api yg menyala itu. Hendaklah dia memejamkan matanya dan menundukkan kepalanya kemudian meminum airnya, maka air itu adalah air yg sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya, mempunyai kuku yang keras dan di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR yg dapat dibaca oleh semua muslim,samaada yang pandai membaca atau tidak.”
Ada juga yang mengatakan dajjal itu sebenarnya buta kedua matanya. Yang satu matanya datar,semacam terhapus dan tidak mempunyai biji mata. Sedangkan yg sebelah lagi ada biji matanya tetapi keluar dagingnya dari dalam.
KHUTBAH RASULULLAH S.A.W TENTANG DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata;
“Rasulullah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda bersabda; “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yg paling hebat selain daripada fitnah yg dibawa oleh dajjal. Setiap nabi diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya ttg dajal. Aku adalah nabi yg terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi atau angkatan kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah2 kamu, maka aku adalah pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah S.W.T akan menjaga orang-orang mukmin.”
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara SYAM dan IRAQ dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat skali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Aku akn menerangkan kpd kamu ciri2 dajjal, yg belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku.”
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sbg Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yg benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat sedangkan Allah tidak cacat. Dan diantara matanya ada ditulis KAFIR yg dpt dibaca setiap mukmin.”
“Di antara fitnah dajjal itu nanti, dia juga membawa syurga dan neraka. Neraka itu sebenarnya syurga sedangkan syurganya adalah neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yg disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akn sejuk sebagaimana api yg membakar nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”
“Antara tipu dayanya juga, dia berkata kepada org Arab; “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yg sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu berkata; “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifatnya sama dan suaranya sama. Ibu dan bapanya (Jelmaan syaitan) tadi akan berkata; “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya lagi, dia menipu seseorang yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai; “Lihatlah apa yang akan ku lakukan terhadap hambaku ini, sekatang akan ku hidupkan dia semula.” Dengan izin Allah,orang yang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya; “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh tadi, kebetulan adalah org yang beriman,lalu menjawab; “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang beriman tadi bererti telah lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yg paling tinggi darjatnya di syurga.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga, dia menyuruh langit supaya menurunkan hujan tiba2 hujan pun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yg paling berat bagi manusia, dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.”
“Dajjal itu datang ke tempat orang2 yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan Disebabkan yang demikian, hujan turun di tmpat mereka dan tumbuh-tumbuhan mereka menjadi.”
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat di tembusi oleh dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian, ketika dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang2 yg sudah menjadi pengikut dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda; “Menjelang turunnya dajjal ada tahun2 tipu daya, iaitu org2 pendusta dipercayai dan orang2 jujur tidak dipercayai. Orang yg tidak amanah dipercayai dan orang yg amanah tidak dipercayai.”
TEMPAT YANG TIDAK DIDATANGI DAJJAL
Dari Aisyah r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda;
“Dajjal tidak dapat memasuki MAKKAH dan MADINAH.”
Dari hadis Rasulullah yg berbunyi;
“Di pinggiran Madinah ada malaikat. Penyakit taun dan dajjal tidak masuk ke kota Madinah.”
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda;
“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya dajjal nanti, ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak snaggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal di luar Madinah, kota Madinah bergegar tiga kali. Orang2 munafik yg ada di Madinah (lelaki @ perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yg paling banyak lari ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yg diterima dari Aisyah r.a(isteri Rasulullah) mengatakan;
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat aku menangis, Baginda beertanya; “Mengapa menangis?”
Aku menjawab; “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan dajjal, maka aku takut mendengarnya.”
Rasulullah berkata; “Seandainya dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Abi Bakrah, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Huru hara atau ancaman Dajjal tidak masuk ke Madinah. Kota Madinah ketika itu mempunyai 7 pintu masuk dan setiap pintu ada dua malaikat.”
-Hadis riwayat Bukhari-
Dari Anas, katanya Rasulullah bersabda;
“Dajjal akan mendatangi Madinah, tiba-tiba dia menjumpai malaikat yg menjaganya. Madinah tidak dimasuki taun dan dajjal, InsyaAllah.”
-Hadis riwayat Tirmizi-
DAJJAL TIDAK DISEBUT DALAM AL-QURAN
Tentang dajjal ini hanya disebut secara rambang oleh Allah S.W.T dengan firmannya;
“Pada hari datangnya beberapa tanda dari Tuhanmu, tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri, yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Tunggulah olehmu, sesungguhnya kami pun menunggunya juga.”
-Al- An'am; 158-
Dan ketika matahari terbit dari barat, binatang bumi keluar dan dajjal sudah muncul, tidak bermanfaat lagi iman seseorang ketika itu dan yg baru menyatakan keimanannya juga tidak diterima oleh Allah.
NAUZU BILLAHI MIN ZALIK
*****Mengenai tamatnya riwayat dajjal akn diberitahu di kisah Nabi Isa di bawah.
10) AL-MASIH ISA BIN MARYAM
Yang terakhir yg kita tunggu adalah Nabi Isa a.s. Tentang latar hidupnya sebermula bagaimana ibunya Maryam hamilkan baginda sehingga dia di angkat ke langit, saya pasti ramai yg sudah mengetahuinya. Maka diteruskan dengan kemunculan dia kembali ke dunia ini.
Firman Allah S.W.T;
“Dan tatkala Isa datang membawa keterangan, dia berkata; “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmah, dan untuk menjelaskan kepada kamu sebahagian dari apa yang kamu berselisih dengannya. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Sesungguhnnya Allah, Dia-lah Tuhan kamu. Maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yg lurus.”
-Al-Zukhruf; 63-64-
“Tidak ada seorang pun dari ahli kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.”
-An Nisa';159-
“Dan (ingatlah) ketika Isa bin Maryam berkata; “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).”
-Al Shof; 6-
Nabi Isa tidak benar dibunuh atau disalib. Orang-orang Yahudi mendakwa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s, yang dibenarkan pula dakwaan itu oleh orang2 Nasrani. Allah S.W.T telah membantah dakwaan mereka itu dengan firman-Nya yg berbunyi;
“Mereka tidak membunuh Isa dan tidak pula menyalibnya (di kayu palang), tetapi hanyalah penglihatan mereka sahaja.”
-An Nisa;157-
Al Tabari telah meriwayatkan dari Wahab bin Munabih, katanya; “Orang-orang Yahudi telah pergi mendapatkan Nabi Isa yang sedang berada di dalam sebuah rumah bersama 17 orang Hawariyin. Orang-orang Yahudi telah mengepung lalu masuk ke rumah itu. Maka Allah menjelmakan semua muka orang2 Hawariyin itu sehingga sama muka dengan muka Nabi Isa. Melihat yang demikian, orang2 Yahudi yang datang mengejar berkata; “Kamu telah membuat sihir kepada kami dengan menjadikan muka kamu semua seperti Nabi Isa. Lebih baik kamu tunjukkan mana Isa yang sebenarnya. Kalau tidak,kami akan membunuh kamu semua.”
Mendengar itu, Nabi Isa pun berkata kepada para sahabat; “Siapa di antara kamu yg rela mengorbankan dirinya hari ini untuk mendapatkan syurga?”
Salah seorang dari mereka tampil menawarkan diri lalu berkata; “Sayalah yang akan berkorban.”
Kemudian dia keluar mendapatkan orang2 Yahudi dan mengaku dirinya Isa. Maka dia ditangkap dan membunuhnya kemudian disalib di palang. Sedangkan orang yg mereka cari iaitu Isa bin Maryam telah diselamatkan Allah. Baginda telah diangkat ke langit. Firman Allah;
“Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya (diangkat ke langit) Dan Allah Maha Kuasa lagi Bijaksana.”
-An Nisa;158-
TURUNNYA NABI ISA
Tentang turunnya Nabi Isa nanti menjelang kiamat sesuatu yang mungkin terjadi menurut akal, sebagaimana juga naiknya ke langit dulu,setelah dikejar oleh org Yahudi. Tiada yg mustahil atas kekuasaan Allah. Sebagaimana juga Rasulullah s.a.w di Isra' Mikraj kan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Al Aqsa di Palestin, kemudian dinaikkan ke Sidratul Muntaha iaitu ke langit ke tujuh sehingga bertemu dengan Allah S.W.T.
Isa a.s juga merupakan Kalimatullah yang telah dimikrajkan ke langit.
***Ketika baginda datang nanti, baginda akan menghapuskan beberapa perkara termasuk;
1- Mematahkah semua SALIB-SALIB yang ada.
2- Membunuh semua KHINZIR.
3- Menghapuskan CUKAI.
4- Menghapuskan KHAMAR atau ARAK dan segala macam yang memabukkan.
Baginda diperintahkan turun utk menerangkan kepada semua orang bahawa Muhammad s.a.w itu adalah benar Rasul Allah. Dan bahawa dialah (Muhammad) yang mereka jumpai tertulis dalam kitab Taurat dan Injil.
Firman Allah S.W.T;
“Ibrahim berkata; “Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
-Al Baqarah;132-
Perkara ini ada ditulis dlm Injil/Bible.
"Genesis 21:13 and 16:3. After Jesus, the last Israelite messenger and prophet, it was time that God's promise to bless Ishmael and his descendants be fulfilled. Less than 600years after Jesus, came the last messenger of God, Muhammad, from the progeny of Abraham through Ishmael."
Ada sebuah hadis riwayat Bukhari yang berbunyi;
“Ditakutkan nanti kamu belum sempat berbuat apa-apa, tiba-tiba Isa bin Maryam turun kepada kamu untuk membawa keadilan.”
TEMPAT YANG MULA-MULA DIDATANGI NABI ISA
Dari Al-Nawas bin Sam'an bhw Rasulullah bersabda mengenai Nabi Isa;
“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya, menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
-Hadis Riwayat Muslim-
Berdasarkan hadis ini,bererti Nabi Isa kan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Baginda akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata; “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yg dikenal di sebelah timurnya kecuali yg berada di samping masjid Jamik AMAWI, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir pd tahun 741 H. Pembiayaannya diambil dari harta org2 Nasrani yg sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut.Besar kemungkinan bahawa baginda akn turun di sana.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bhw Rasulullah s.a.w bersabda;
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yg berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yg paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya, ORANGNYA SEDANG dan KULITNYA PUTIH KEMERAH-MERAHAN. Dia memakai PAKAIAN yang KUNING. Dari KEPALANYA seperti MENITIS AIR walaupu rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak org kepada Islam. Pada zamanya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah S.W.T akan membinasakan Dajal pada zamnnya,bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama 40 tahun. Kemudian nabi Isa a.s wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin.”
TAMATNYA RIWAYAT DAJJAL OLEH ISA BIN MARYAM
Bilangan org mukmin sungguh sedikit pada waktu itu. Mereka menghindar dari Dajjal dan lari ke puncak bukit Syam. Menurut ceritanya, nama bukit itu ialah Bukit Dukhan. Dajjal bersama pengikut-pengikutnya yg terdiri dari Bani Iblis dan Bani Adam ketika itu kuat pengaruhnya dan ramai bilangannya.
Mereka tahu bahawa orang2 mukmin telah lari ke bukit Dukhan di Syam,maka mereka pun pergi ke lembah bukit tersebut utk mengepung org2 mukmin yg ada di bukit itu. Orang-orng mukmin berasa kesusahan kerana tiada makanan dan minuman di bukit itu.
Tiada upaya yg mereka mampu lakukan kecuali berzikir dan meminta pertolongan Allah. Mereka membaca tahlil, tasbih, dan tahmid dengan kuat. Tentera Dajjal tidak sanggup datang ke tempat mereka kerana bacaan zikir itu. Bahkan org2 mukmin yg melaungkan zikir itu tidak merasa lapar dan dahaga walaupun tidak makan.
Setelah berbulan-bulan lamanya berada di bukit itu, tiba-tiba mereka lihat dunia dalam keadaan kegelapan sehingga telapak tangan pun tidak kelihatan. Dalam keadaan yg meresahkan itu, mereka mendengar seruan yg cukup kuat; “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Mereka berkata sesama sendiri; “Ini nampaknya bukan suara orang kelaparan.”
Rupanya, dunia telah diterangi oleh Nur Tuhannya. Rupanya Allah S.W.T telah mengirimkan rahmat-Nya. Dibalik penderitaan itu ada kesenangan. Sekarang sudah datang pertolongan Allah, iaitu Isa bin Maryam sebagai rahmat bagi sekalian alam. Baginda turun dari langit pada waktu fajar diiringi dua malaikat.
Ketika imam mereka sudah berdiri di depan utk mengimami solat Subuh, tiba2 datang Nabi Isa. Imam mereka mundur utk memberi peluang kpd Nabi Isa utk mengimami solat Subuh itu, tetapi Nabi Isa sambil memegang bahu Imam itu(Imam Mahdi menurut riwayat) berkata; “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan utk engkau.” Maka solatlah baginda dan yang lain di belakang imam tadi hingga selesai.
Org2 Mukmin tadi bertanya kepada Nabi Isa; “Siapa engkau??” Jawab Nabi Isa; “Aku adalah hamba Allah, Rasul-Nya, Roh-Nya dan Kalimat-Nya, iaitu Isa bin Maryam. Sekarang sila kalian pilih di antara yg tiga ini, 1) Allah SWT menurunkan azab dari langit utk dajjal bersama tenteranya. 2) Allah SWT menenggelamkan mereka ke dalam perut bumi. 3) Atau kita tumpaskan mereka dengan senjata kita.”
Mereka menjawab; “BIARLAH KITA PERANGI SAJA MEREKA WAHAI RASUL ALLAH.”
Allah menurunkan nabi Isa dari langit utk menyatukan barisan org2 mukmin. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa itu sudah ketakutan dan pucat. Sungguh menghairankan tiba-tiba saja Iblis menyuruh pengikut-pengikutnya mengerjakan solat. Pengikutnya pun merasa hairan dengan perubahan pemimpin mereka. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, dajjal ketakutan dan berkata; Wahai Nabi Allah, kami baru saja selesai mengerjakan solat.”
Isa a.s berkata; “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai Tuhan sekalian alam, untuk siapa engkau solat dan mengabdi???”
Mendengar saja itu, dajjal dan pengikutnya lari ketakutan. Kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di BABU LUDDI. Dan di sanalah nabi Isa membunuh dajjal.
Orang2 yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka beersembunyi akan berkata-kata dan memberitahu. Termasuk juga sejenis pokok berduri (disebut pokok yahudi). Pokok itu akan berkata; “WAHAI HAMBA ALLAH YANG BERIMAN, DI SINI ADA ORANG YAHUDI, BUNUHLAH DIA.”
Setelah itu, bermulalah ZAMAN KEBAHAGIAAN. Iaitu saat-saat terakhir SEBELUM KIAMAT. Ketika itu, harta melimpah ruah. Salib dipatahkan, khinzir dibunuh, cukai dihapuskan kerana tiada yang layak menerimanya. Dan ketika itu manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.
WAFATNYA ISA BIN MARYAM DAN TAMATNYA UMUR DUNIA
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah bersabda;
“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehingga Allah menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan golongan Ashabul Kahfi sahabatnya. Mereka akan menunaikan kewajiban itu kerana mereka belum lagi menunaikan haji dan umrah sebelum ini.
Riwayat dari Abu Hurairah mengatakan bhw Nabi Isa akan memimpin dunia nanti selama 40 TAHUN. Namun demikian disebutkan dalam hadis sahih dari Muslim, dari Abdullah bin Amr, bhw Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 TAHUN. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama2 benar. Maksudnya, Baginda diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selama 7 tahun, yakni sebelum diwafatkan Allah. Setelah tujuh tahun itu maka wafatlah Baginda. Maka umur Isa a.s secara keseluruhannya 40 TAHUN. Wallahuaklam.
Muhammad bin Ka'ab Al-Quraizy ada berkata, “Assyabul Kahfi akan menjadi sahabat Baginda dan mereka sama2 mengerjakan haji. Katanya, Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau disolatkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan bersebelahan makam Rasulullah s.a.w iaitu Muhammad kekasih Allah.
***Apapun, kebenarannya hanya Allah SWT yg mengetahuinya. Teguhkanlah iman kita semua wahai saudara2 seagamaku..
Sadakallah Hul A'zim..
Mungkinkah Tertawa
Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
Sendiri Menyepi...
Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan