Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Ahad, 17 Julai 2011

12 BARISAN di AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah S.A.W dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T yg berbunyi; “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.” (Surah an-Naba:ayat 18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis sehingga basah pakiannya dengan air mata. Baginda lalu menjawab:

“Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dibawa, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.......”

  • BARISAN 1;

Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang –orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 2;

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 3;

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 4;

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancut dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 5;

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah S.W.T menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 6;

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka itu adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 7;

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 8;

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 9;

Diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 10;

Diiring dari kubur, mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 11;

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah NERAKA.”

  • BARISAN 12;

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirath seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah SYURGA, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

P/S;

Dan demikianlah. Wahai para saudara dan sahabatku sekalian, fikir-fikirkanlah di barisan yang mana satukah kita akan diletak oleh Allah kelak. Maka berdoalah agar kita bukan diletakkan di kalangan orang yang menduduki barisan 1 sehingga 11… nauzubillah… dan semoga Allah menyatukan kita di dalam barisan yang ke 12… amin..

Beringat-ingatlah wahai saudaraku…

Ingatlah pesan Allah ini;

“Taatlah (beribadatlah) kepada Tuhanmu, sehingga mati (datang kepadamu keyakinan.)”

- SURAH AL-HIJR ayat 99-

“Sebutlah selalu nama Tuhanmu, dan tuluskan hatimu kepada-Nya.”

-SURAH AL-MUZAMMIL ayat 8-

“Jika kamu berselisih dalam sesuatu, kembalilah kepada Allah (Qur’an) dan Rasulullah (Hadith)”

-SURAH AN-NISA ayat 59-

Tiada ulasan: