Orang
ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam
negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat
tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam
sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum
mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.
“Hal berkaitan hadith seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa
agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta
segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang
kekeliruan."
Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat
& Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam
yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang
mengumumkan kepada jemaah fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith
palsu.
Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak
yang menghebahkan kelebihan solat tarawih mengikut giliran malam itu,
meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat
Islam mengenai perkara ini.
Kelebihan solat tarawih mengikut
hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan
kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam
memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari
mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.
Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADITH PALSU.
Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat
popular tentang Fadhilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya.
Hadith tersebut ialah satu hadith yang kononnya diriwayatkan oleh
Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda
(berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan)
antaranya:
Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.
Malam Keempat:
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Sehinggalah ke malam yang ke-30...
Ulama' hadith dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah
memutuskan bahawa ianya bukanlah hadith. Atau disebut sebagai HADITH
PALSU. Penyebaran hadith ini seharusnya telah lama dihentikan kerana
saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang
mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an
dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti
Negeri Terengganu.
Antara disiplin ilmu di dalam memahami
hadith ialah ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan
kedudukan sesuatu hadith terhadap matan (ayat hadith) dan sanad
(rangkaian periwayatan hadith). Kedua-dua perkara ini dipastikan
ketulenannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadith-hadith telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan
sempurna oleh ulama' hadith pada sekitar tahun 200H-300H. Antara
muhaddithin (ulama' hadith) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah
Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadith antaranya adalah Imam Bukhari
(194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam
at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah
(207H-273H)
Selain hadith-hadith sahih, terdapat juga
hadith-hadith hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka.
Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini
dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail.
Antaranya ulama' hadith mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi
hadith. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan
siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadith dikumpulkan atau ianya
di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh
wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadith ini adalah terangkum di
dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadith.
Antara ulama'
kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan
hadith adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim
al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah,
Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai
lagi.
Hadith-hadith yang benar dan palsu diasingkan.
Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada
mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulenan rujukan umat dari
al-Qur'an dan al-Hadith.
Berbalik kepada hadith fadhilat solat
sunat tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadith yang
benar dan juga di dalam kitab2 hadith yang palsu. Ini bermakna ianya
baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di
dalam menilai kepalsuan sesuatu hadith telah cukup bagi membuktikan
bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Antaranya; pada sanad, tidak
langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai
syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadith ini direka oleh
golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi
melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan
oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad SAW. Kita tidak menafikan ketokohan
Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam
sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam
mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang
sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadith-hadith palsu
seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang
dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.
Di dalam beramal di bulan Ramadhan ini dan untuk mengharapkan ganjaran
dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadith yang SAHIH dari
Rasulullah SAW berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud
(terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan
dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkan
umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadith adalah perkara yang remeh
dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji
Rasulullah SAW akan balasan neraka terhadap pendusta hadith dan amaran
ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadith.
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya(terjemahan): “Sesungguhnya
berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke
atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke
atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”
(Bukhari, Muslim) Hadith ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga
sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis
pendustaan keatas Nabi SAW sama ada dengan maksud memberi galakan supaya
rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan
Allah (targhib dan tarhib).
Bukan sahaja membuat hadith palsu
itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang
mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang
haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang
mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk
sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn
al-Salah,`Ulum al-Hadith)
Kita memohon kepada Allah agar kita
bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadith-hadith palsu dan
memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak
selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan
di atas nama Rasulullah SAW.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151455549961612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1
Mungkinkah Tertawa
Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
Sendiri Menyepi...
Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan