1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi
dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang
yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan
itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke
dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau
macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu
separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia
akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu
selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih
ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi,
lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung
tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam
memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis
akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi
jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali
kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau
menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri.
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik
untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang
dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi
lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya.
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan
lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan
mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan
kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka
sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata.
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya
mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).
Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat
tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang
dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
*tak pandai la nak ambil hati wanita ni huhu*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan