Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Isnin, 31 Januari 2011

makan-makan-makan

ratu makan..

habis semeja berpinggan-pinggan dimakannya..

bersusun pinggan.. boleh tahan.. melahap ke makan ni..

mari merebus haha..

berbagai-bagai..

dan lagi..

udang pulak..

ha yang panjang-panjang ni ape pulak..

nak makan ke melantak ni..

nafsu makan..



penat berendam.. memanjat.. mendaki.. perut mula berkonset.. kebulok dah ahahahaha.. so sahabat-sahabat mau makan seafood.. lantas terus ke kedai makan seafood... kebulur punya pasal abis penuh meja terhidang dengan pelbagai makanan seafood.. reneh punya reneh sampai penuh perut terisi dengan seafood.. mau taknya.. selagi ada mau dirasanya.. sampai tak berabis dimakannya.. huhuhuhu pembaziran.. hakikat manusia.. tamak haloba.. hahahah

seharian bersama gadis pujaan dan teman-teman

tuan pejul, yans, nur za & cik wawa




bersama gadis pujaanku..



gadis pujaanku hahaha..



31.1.2011 seharian bersama gadis pujaanku ditemani cik wawa & en. pejul bersantai di sunway lagoon. berendam sampai beku hahaha.. lama dah tak gelak tawa riang bersama kawan-kawan. sungguh menyeronokkan lagi-lagi ada bersama gadis pujaan hehe.. walau cuaca agak suram.. hujan renyai membasahi bumi.. tak jadi hal.. perjalanan berjalan seperti dirancang walau agak lewat dari jadul asal. kaki puas berjalan mengorak langkah melayan segala aktiviti yang sempat disinggah.. agak penat kaki merayap.. tapi kepuasan tetap ada. hilang sejenak beban kerja, masalah, duka, lara..

Puisiku pun Ternoda



Berkelipan satwa teman merawat lara..

Mengenang kekasih di perantauan..

Termanggu ku menanti khabar berita..


Bertahun ditinggalkan bersulam duka..

Keluhan berpanjangan dianyam rasa..

Ku relakan pemergian berbekalkan cita..

Oh kasihku sumpah setia kau bawa bersama..

Doa tangis ku iringkan menyebakkan dada..

Potret wajah ku genggamkan sehingga terlena..


Apakah impianku menjadi nyata..

Atau hanya kabut sutra bermain di mata..

Segugus pasrah ku pohon darinya..

Perkukuhkan keimanan kasih padanya..


Seluruh kasihmu segalanya dusta..

Perjanjian sumpah setia menjadi nista..

Menggalang gugurnya hambar hidupku..

Diseranah kegagalan noda bertahun..


Beranda perjalanan menjadi sepi..

Neraca kehidupan berakar duri..

Penantian jadi usang tanpa tutur kata..

Dimanakah bait indah puisi pecinta..

Kesayuan lebur gontai putus benang cinta..

Poros rangsa berpiuhan padamnya cahaya..


Jumaat, 28 Januari 2011

renungan

jgnlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan tetapi bimbanglah andai imanmu akan berkurangan.. janganlah kamu bimbang andai kamu tidak rupawan tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan.. kejarlah dan carilah cinta ALLAH.. nescaya andai kamu perolehinya seluruh makhluk ALLAH akan menyayangimu..:-)

cerita 1

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus,akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya 2,terpaksala dia bawak balik ke Malaysia. Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah,bapaknya diam aje (marah la 2),si anak dah rasa x best,so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia,dia kat Amerika gain something la dgn pekembangan teknologi.....so dia ckp dgn bapak dia. Anak : Bapak,tau x,kat Amerika sekarang,teknologi dah maju giler,skarang nak buat sosej x payah nak sembelih2 lembu,buang2 kulit,masuk je lembu dalam machine,dah jadi sosej.... Bapak : 2 teknologi dah lapuk,kat Malaysia lg advance,Aku 32 tahun dulu,masukkan sosej, dah kluar lembu sekor..menyusahkan plak 2...

cerita

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi. "Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..". Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata, "Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..". Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu be rkata "Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ....

Rabu, 26 Januari 2011

longkang...........

lagak gaya kalah jembalang..
mengomel bagai angin kencang..
cakap semua temberang..
mulut kau macam longkang..

kanan kiri semua tahu..
kepala engkau serupa batu..
makan nasi sama keju..
memang kau si pengampu..

wakakakaka hahahahah

Selasa, 25 Januari 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian











100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.


60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.


40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.


7 hari : Mengidam makanan.


5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.


3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.


2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.


1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.


Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).


Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."


Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:


"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."


Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.


Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

bear..













dapat bear dari puan alis..hhehehe comel..

jiwa-jiwa

hindari daku dari jagamu..

lenyapkan daku dalam lenamu..

campak daku dari mindamu..

tanamkan daku dalam hatimu..

"jiwang siut hahahhaha"

Ahad, 23 Januari 2011

renungkan sejenak...

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong

.......
T E T A P I... KITA JUGA LUPA......SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

.......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

ape da....

kau menjelma kala malam dipagari bintang..
bagaikan si jembalang..
kehausan darah sang petualang..
datangmu bukan sebarang datang..
datangmu ditemani mega mendung..
lahirmu tanpa kasih dan sayang..
membunuh sesiapa sahaja yang menghalang..
pendurjana merosak menusuk ke tulang..
menagih semangant perang..
mencarit minda bak cakaran helang..
hingga semangatmu menghilang..
jemputlah ia segera kembali pulang..
hari ini kau tunggang langgang..
pastikan terbaik di hari yang mendatang..

Sabtu, 22 Januari 2011

Bumiputera Rockers - Hanya Satu - Just One


Di dalam rongga yang terbuka ini

Masih ada ruang yang kosong

Untuk kau mewarnai laman

Agar kembali bersinar

Tiada siapa yang bisa menghalang

Kejujuran yang engkau pendamkan

Hanyalah kau saja yang tahu

Indah istana cintamu

Hanya satu dalam genggaman

Berkasih beradu tiada persimpangan

Wajahmu terukir indah

Menjadi nadi seribu

Biarpun hujan dan ribut melanda

Aku kan tetap di sini

Tiada ku terasa gentar

Bila kau ada disisi

Hanya satu serikandiku

Harapan bertakhta penuh kesyahduan

Bagaikan bulan di riba

Terangi laman asmara

Hanya satu dalam genggaman

Berkasih beradu tiada persimpangan

Wajahmu terukir indah

Menjadi nadi seribu

Hanya satu serikandiku

Harapan bertakhta penuh kesyahduan

Bagaikan bulan di riba

Terangi laman asmara

Di hatiku……

Jumaat, 21 Januari 2011

Kembara - Lagu Untuk Seorang Ibu


Ibuku mengapa engkau menangis
Apakah yang kurang
Walaupun ayah telah tiada
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
Ibuku tenangkanlah hatimu
Kerana suria akan pasti menjelma
Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu

Ayahku walaupun engkau gugur
Kerana Pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak cemara
Nanti bila aku sudah dewasa
Ingin ku menjadi pemimpin negara
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu

Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa aku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai ibuku dengarkanlah lagu
Untukmu

Khamis, 20 Januari 2011

sejenak bersama gadis pojaan










besantai sejenak bersama gadis pojaan hatiku sambil melayan mata menonton wayang pocong jumaat kliwon.. walau sejenak cukup mendamaikn hehehe.. apa mimpi si pojaan tak ku tahu.. yang pasti dia sudi menyahut gurauanku menjadi rialiti.. tiada ku duga.. mungkin dia semakin tenang dari musibah yang menimpa kebelakangan ini.. pocong jumaat kliwon hasil nukilan dari seberang.. cerita yang agak komidi.. jijik.. seram.. merepek dan tak masuk dek akal.. pocong menjelma di siang hari hahahahaaha filem pertama yang ku tonton dalam tahun 2011.. pada asalnya nak tengok cerita kurafat.. tapi semua full.. yang tinggal tayangan jam 6.00pm dan 11.30pm.. agak lewat nak tunggu.. takut balik nanti sudah gelap malam.. jumpa hantu mak limah pulak wakakakkak.. selesai menonton wayang.. menikmati hizelig sejenak.. betul ke apa tah namanya.. yang ku tahu makan hahhah.. ui.. dalam tak disangka pulak boleh terkantoi dengan si ta huhuhuhu.. takda tempat lain ke nak besantai menikmati cuti.. tempat tu jugak ko pegi ye ta hahahahh.. ta ni rahsia tau.. tak mau kecoh-kecoh hehehhe.. em.. pergi selamat sampai.. pulang tersesat jalan.. dah lama tak duk pusing klang.. nasib baik jumpa jalan pulang.. jenuh jugak mencari jalan ni hahahahah

merepek

tersepit.. terselit.. di celah bukit..
ai apa nak jadi.. terjadi..
hari ini.. semalam terhimpit..
siang malam.. pagi petang.. tak henti..

berpinar.. berputar.. otak kau serabut..
menunggu.. tertunggu.. apa kau nanti..
bercakap.. berbelit.. cam keparat..
cakap mulut tak terbukti..

Isnin, 17 Januari 2011

Keutamaan Menahan Marah

Diantara maksud dan tujuan disyariatkannya puasa adalah latihan menahan nafsu amarah (suka marah). Orang yang mampu menahan marah lebih baik dan lebih sempurna daripada orang yang suka marah (pemarah). Dan itulah yang disebut orang kuat.

Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain, disebutkan hadits dari Ibnu Mas’ud Radliyallahu ‘anhu Rasulullah bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat diantara kalian ? Shahabat menjawab : yaitu diantara kami yang paling kuat gulatnya. Beliau bersabda : Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim)

Al Imam Ahmad meriwayatkan hadits dari Anas Al Juba’i , bahwa Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa yang mampu menahan marahnya padahal dia mampu menyalurkannya, maka Allah menyeru pada hari kiamat dari atas khalayak makhluk sampai disuruh memilih bidadari mana yang mereka mau.” (HR. Ahmad dengan sanad hasan)

Al Imam Ahmad juga meriwayatkan hadits dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, dari meneguk kemarahan karena mengharap wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Hadits shahih riwayat Ahmad)

Al Imam Abu Dawud rahimahullah mengeluarkan hadits secara makna dari shahabat Nabi, bahwa Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan karena Allah Subhanahu wa Ta’ala kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.” (HR. Abu Dawud dengan sanad Hasan)

Hadits-hadits ini menerangkan keutamaan menahan marah dari pada orang yang mudah marah/pemarah. Dari itu, Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam berwasiat kepada sahabat ketika datang pada beliau untuk meminta wasiat, beliau bersabda dengan diulang-ulang : “Jangan mudah marah..” Lengkap haditsnya adalah sebagai berikut :

“Dari Abu Hurairah Radliyallahu ‘anhu, bahwa seseorang berkata kepada Nabi Shalallahu alaihi wasallam : berwasiatlah kepadaku. Beliau bersabda : jangan menjadi seorang pemarah. Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan beliau bersabda : janganlah menjadi orang pemarah” (HR. Bukhari)

Al Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan hadits dari seseorang dari shahabat Nabi Shalallahu alaihi wasallam dia berkata : “ Aku berkata : Ya Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam berwasiatlah kepadaku. Beliau bersabda : jangan menjadi pemarah. Maka berkata seseorang : maka aku pikirkan apa yang beliau sabdakan, ternyata pada sifat pemarah itu terkumpul seluruh kejelekan.” (HR. Imam Ahmad)

Berkata Ibnu Ja’far bin Muhammad rahimahullah : “Marah itu pintu seluruh kejelekan.”

Al Imam Ahmad menafsirkan hadits ini dengan mengatakan : akhlak yang mulia itu dengan meninggalkan sifat pemarah.

Al Imam Ibnu Rajab rahimahullah menerangkan maksud hadits ini dengan mengatakan : sabda Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam : “Jangan menjadi pemarah.” Ini mengandung dua kemungkinan maksud :

1.Hadits ini mengandung perintah melakukan sebab-sebab yang menjadikan akhlak yang mulia seperti bersikap lembut, pemalu, tidak suka mengganggu, pemaaf, tidak mudah marah.

2.Hadits ini mengandung larangan melakukan hal-hal yang menyebabkan kemarahan, mengandung perintah agar sekuat tenaga menahan marah ketika timbul/berhadapan dengan penyebabnya sehingga dengan demikian dia akan terhindar dari efek negatif sifat pemarah.

Sehingga Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam mangajarkan cara-cara menghilangkan kemarahan dan cara menghindari efek negatifnya, diantaranya adalah:

1. Membaca ta’awudz ketika marah.

Al Imam Al Bukhari dan Al Imam Muslim rahimakumullah meriwayatkan hadits dari Sulaiman bin Surod Radliyallahu ‘anhu :

“Ada dua orang saling mencela di sisi Nabi Shalallahu alaihi wasallam dan kami sedang duduk di samping Nabi Shalallahu alaihi wasallam . Salah satu dari keduanya mencela lawannya dengan penuh kemarahan sampai memerah wajahnya. Maka Nabi Shalallahu alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya aku akan ajarkan suatu kalimat yang kalau diucapkan akan hilang apa yang ada padanya. Yaitu sekiranya dia mengucapkan : ‘Audzubillahi minasy Syaithani rrajiim. Maka mereka berkata kepada yang marah tadi : Tidakkah kalian dengar apa yang disabdakan nabi? Dia menjawab : Aku ini bukan orang gila.”

2. Dengan duduk

Apabila dengan ta’awudz kemarahan belum hilang maka disyariatkan dengan duduk, tidak boleh berdiri.

Al Imam Ahmad dan Abu Dawud rahimahullah meriwayatkan hadits dari Abu Dzar Radliyallahu ‘anhu bahwa Nabi Shalallahu alaihi wasallam bersabda :

“Apabila salah seorang diantara kalian marah dalam keadaan berdiri duduklah, jika belum hilang maka berbaringlah.”

Hal ini karena marah dalam berdiri lebih besar kemungkinannya melakukan kejelekan dan kerusakan daripada dalam keadaan duduk. Sedangkan berbaring lebih jauh lagi dari duduk dan berdiri.

3. Tidak bicara

Diam tidak berbicara ketika marah merupakan obat yang mujarab untuk menghilangkan kemarahan, karena banyak berbicara dalam keadaan marah tidak bisa terkontrol sehingga terjatuh pada pembicaraan yang tercela dan membahayakan dirinya dan orang lain.

Dalam hadits disebutkan :“Apabila diantara kalian marah maka diamlah.” Beliau ucapkan tiga kali. (HR. Ahmad)

4. Berwudlu

Sesungguhnya marah itu dari setan. Dan setan itu diciptakan dari api maka api itu bisa diredam dengan air, demikian juga sifat marah bias diredam dengan berwudlu.

Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda :

”Sesungguhnya marah itu dari syaithan dan syaithan itu dicipta dari api, dan api itu diredam dengan air maka apabila diantara kalian marah berwudlulah.” (HR. Ahmad dan yang lainnya dengan sanad hasan)

Adapun pemicu kemarahan ada empat, barangsiapa yang mampu mengendalikan maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan dijaga dari syetan dan diselamatkan dari neraka.

Berkata Al Imam Al Hasan Al Bashri rahimahullah :

“Empat hal, barangsiapa yang mampu mengedalikannya maka Allah akan menjaga dari syetan dan diharomkan dari neraka : yaitu seseorang mampu menguasai nafsunya ketika berkeinginan, cemas, syahwat dan marah.”

Empat hal ini yaitu keinginan, cemas, syahwat dan marah merupakan pemicu seluruh kejelekan dan kejahatan bagi orang yang tidak mampu mengendalikan nafsunya.

1. Keinginan, adalah kecondongan nafsu pada sesuatu yang diyakini mendatangkan manfaat pada dirinya, seringnya orang yang tidak mampu menguasai nafsu akan berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan keinginannya itu dengan segala cara walaupun harus dengan cara harom, dan terkadang yang diinginkan juga berupa sesuatu yang haram.

2. Cemas, adalah rasa takut dari sesuatu. Orang yang cemas akan berupaya untuk menolaknya dengan segala cara walaupun harus dengan cara harom seperti meminta perlindungan kepada selain Allah.

3. Syahwat, adalah kecondongan nafsu pada sesuatu yang diyakini dapat memuaskan nafsunya. Seringnya orang yang kalah dengan nafsunya memuaskan nafsu syahwatnya itu pada sesuatu yang haram seperti zina, mencuri, minum khamer bahkan pada sesuatu yang menyebabkan kekufuran, kebid’ahan dan kemunafikan.

4. Marah, adalah gelagaknya darah hati untuk menolak gangguan sebelum terjadi atau untuk membalas gangguan yang sudah terjadi. Kemarahan seringnya dilakukan dalam bentuk perbuatan yang diharamkan seperti pembunuhan, pemukulan dan berbagai kejahatan yang melampaui batas. Terkadang dalam bentuk perkataan yang diharamkan seperti tuduhan palsu, mencela dan perkataan keji lainnya dan terkadang meningkat sampai pada perkataan kufur.

Tetapi tidak semua kemarahan itu tercela, ada yang terpuji , bahkan sampai pada tingkatan harus marah yaitu ketika kita melihat agama Allah direndahkan dan dihinakan, maka kita harus marah karena Allah terhadap pelakunya. Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam tidak pernah marah jika celaan hanya tertuju pada pribadinya dan beliau sangat marah ketika melihat atau mendengar sesuatu yang dibenci Allah maka Beliau tidak diam, beliau marah dan berbicara.

Ketika Nabi Shalallahu alaihi wasallam melihat kelambu rumah Aisyah ada gambar makhluk hidupnya (yaitu gambar kuda bersayap) maka merah wajah Beliau dan bersabda :

“Sesungguhnya orang yang paling keras siksaannya pada hari kiamat adalah orang membuat gambar seperti gambar ini.” (HR. Bukhari Muslim)

Nabi Shalallahu alaihi wasallam juga marah terhadap seorang sahabat yang menjadi imam shalat dan terlalu panjang bacaannya dan beliau memerintahkan untuk meringankannya. Tetapi Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam tidak pernah marah karena pribadinya.

Al Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadits Anas radhiyallahu anhu :

“Anas membantu rumah tangga Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam selama 10 tahun, maka tidak pernah beliau berkata kepada Anas : “ah”, sama sekali. Beliau tidak berkata terhadap apa yang dikerjakan Anas : “mengapa kamu berbuat ini.” Dan terhadap apa yang tidak dikerjakan Anas,”Tidakkah kamu berbuat begini.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Begitulah keadaan beliau senantiasa berada diatas kebenaran baik ketika marah maupun ketika dalam keadaan ridha/tidak marah. Dan demikianlah semestinya setiap kita selalu diatas kebenaran ketika ridha dan ketika marah.

Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : artinya :

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu berbicara yang benar ketika marah dan ridha.” (Hadits shahih riwayat Nasa’i)

Al Imam Ath Thabari rahimahullah meriwayatkan hadits Anas :

“Tiga hal termasuk akhlak keimanan yaitu : orang yang jika marah kemarahannya tidak memasukkan ke dalam perkara batil, jika senang maka kesenangannya tidak mengeluarkan dari kebenaran dan jika dia mampu dia tidak melakukan yang tidak semestinya.”

Maka wajib bagi setiap muslim menempatkan nafsu amarahnya terhadap apa yang dibolehkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, tidak melampaui batas terhadap apa yang dilarang sehingga nafsu dan syahwatnya menyeret kepada kemaksiatan, kemunafikan apalagi sampai kepada kekafiran.

Kesempatan baik ini untuk melatih diri kita menuju sifat kesempurnaan dengan menghilangkan sifat pemarah dan berupaya menjadi orang yang tidak mudah marah.

Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Bukanlah puasa itu sekedar menahan makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu (adalah puasa) dari perbuatan keji dan sia-sia. Apabila ada orang yang mencelamu atau membodohimu maka katakanlah : sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR. Ibnu Huzaimah dengan sanad shahih)

Wallahu a’lam bishawab.

Ahad, 16 Januari 2011

" siapa gadis itu "


Wajahmu redup
sungguh ayu
manis tersenyum..
Santun susila
amat menyenangkan..
Watak kekampungan
kau bawakan..
Gemalai bicaramu
menawan hati..
Sungguh mempersona dimata
jiwa..

Siapa kau?

Datangmu dikala gelitanya malam..
Hilangmu tatkala jagaku tersentak..

Apa tujuan kau hadir?

Sentuhan jemari halusmu
sungguh mendamaikan..
Melalaikan segala keceramuk
di dalam benak fikiranku..

Tapi sayang..
Hanya sejenak hadirmu..
Bagaikan embun pagi..
Hilang dikala terbitnya mentari..

Siapa kau?

Hadirlah di dunia rialitiku..
Agar kau sentiasa disisiku..
Menemani hari-hariku
yang mendatang..
Alangkah indah jika itu nyata..

Tapi siapa kau?

Dimana kewujudan kau?

Mengapa kau hadir?

Kau..

Kau..

Kau lah gadis di dalam mimpiku..
Mainan fantasiku dikala lena..
Sungguh kerap kali
kau hadir menemani mimpi-mimpiku..


Ahad, 9 Januari 2011

bagaikan nafas dihujung nyawa

penutup 2010 ditemani kegeringan yang agak teruk, sehinggakan berat badanku pun susut mendadak. saat-saat yang amat memeritkan bagaikan nafas dihujung nyawa, tak tertanggung azabnya seakan tubuh ini ingin pecah hancur berkecai. otak didalam tempurung kepalaku bagai dicarit-carit rakus amat perit, dadaku bagai dihempap-hempat oleh bebanan yang tidak tertanggung. tecungap-cukungap menahan sesak didada. sekujur tubuh kaku membeku bagai tiada esok bagiku. setip palusuk tubuk menjadi kejang, sendi-sendi tulang menyilukan hingga airmata yang menjadi bayangan betapa sakit yang ku tanggung. terima kasih ibu yang menjagaku. terima kasih kak sumi yang mengurut tubuhku yang membeku. terima kasih juga pada dia yang mengambil tahu dan membantu.