Jika isteri meninggal
dunia dahulu daripada suaminya maka dia akan bertemu di syurga dengan suaminya
yg terakhir, samaada suaminya berkahwin lain atau tidak tak menjadi
masaalah kerana lelaki boleh kawin sampai empat org isteri. Tetapi jika
suaminya meninggal dulu , dan selepas iddah balunya berkahwin lain maka dia tak
akan bersama dengan suaminya yg pertama tetapi dia akan bersama dgn suami
barunya iaitu suaminya yg terakhir. Tetapi jika wanita yg kematian suami dia
membujang sehingga akhir hayatnya maka dia akan bertemu dgn suaminya yg
terakhir.
Jika seorang wanita
pernah berkahwin 2, 3 atau 4 org suami (untuk suami yg meninggal dunia bukan
suami yg menceraikannya) wanita ini akan menjadi isteri kepada suami yg mana
satu? terdapat dua hadis menjelaskan masaalah ini, hadis pertama menjelaskan
wanita ini akan pilih suami yg paling baik akhlaknya .Hadis kedua menjelaskan
dia akan menjadi isteri kepada suaminya yg terakhir. Hadis yg kedua lebih kuat
lagi sebab kenapa isteri- isteri Nabi tak boleh berkahwin dgn para sahabat
selepas kewafatan baginda, kerana seorg isteri akan bersama dgn suaminya yg
terakhir. Wanita yg bercerai hidup di dunia tak akan bertemu dgn bekas suaminya
kerana di dunia mereka telah berpisah dan di syurga mereka tak akan bersama,
wallahu a' lam.
Sebenarnya isteri
solehah jika dia bersama suaminya di syurga dia akan menjadi ketua bidadari,
kedudukannya lebih cantik, lebih mulia dan lebih menawan daripada bidadari
bermata jeli, mungkin matanya lebih jeli drp bidadari. Kecantikannya setiap
masa bertambah cantik, sehingga suaminya terlalu kagum dgn kecantikannya.
Wanita solehah yang
taat pada Allah dan Rasul, dan suaminya ketika di dunia akan memiliki
kecantikan yg luar biasa dan mendapat kenikmatan yang tak pernah di rasakan di
dunia. Walaupun wajahnya tak cantik dan tak pernah bersolek macam artis , kesan
wuduk di wajahnya akan berseri-seri . Rugilah wanita yg hidup di dunia suka
menunjukkan kecantikannya kepada lelaki yg ajnabi dan suka bertabaruj sedangkan
dosa-dosa yg di buat berterusan akan menjadi batu penghalang untuk dia masuk syurga.
Al-Fatiah Buat Arwah Isteriku
Norain Binti Othman
12/02/1985 - 21/02/2014
Jumaat 8.50 Malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan