Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Selasa, 11 September 2012

Malique ft. Black - Teman Pengganti



Ketawa bersama..
Menangis bersama..
Ku bersumpah harap kita..
Mati pun bersama..


Sejak dua menjak ini..
Makin kerap ku diganggu visi..
Bila celik, juga bila mimpi..
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi..
Dia membelaimu dengan izin dan permisi..
Sentuhan katanya semuanya kau iakan..
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan..
Aku redha walau tidak ku damba..
Walau hampa semuanya dah dijangka..

Beberapa purnama dulu cinta bertahta..
Kenangan dibina kita indah belaka..
Ketawa bersama, menangis bersama..
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama..
Namun hakikatnya, bukan mudah..
Aku sembunyikan gulana-gundah..

Segalanya kan berubah..
Dengarkan apa yang ku mahu luah..


Rahsia ini..
Telah lama ku pendamkan..
Tiba masanya..
Segala-galanya..
Ku ceritakan..
Aku kan pergi..
Pergi ku tak akan kembali..
Tiba masanya..
Kau cari teman pengganti..


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias..
Kita tak terlepas dari terkena tempias..
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias..
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas..
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks..
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks..
Bila dunia seolah tak memahami..
Kau sudi selami, dalami dan mengalami..

Setia mendengar, sentiasa hadir..
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir..
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal..
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal..
70 000 hijab harus ku singkap..
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap..
Dalam diam ada, seorang yang ku puja..
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna..

Rahsia ini..
Telah lama ku pendamkan..
Tiba masanya..
Segala-galanya..
Ku ceritakan..
Aku kan pergi..
Pergi ku tak akan kembali..
Tiba masanya..
Kau cari teman pengganti..


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan..
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan..
Terperangkap dalam jasad, ku keliru..
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu..
Namun aku tetap murung, berkurung..
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput..
Komplikasi di halaman rusuk kiri..
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri..

Lagu ini yang terakhir aku sajikan..
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan..
Jaga diri, jangan makan hati..
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti..
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi..
Cincin, kunci, dompet dalam laci..
Ada sikit wang, itu saja baki..
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti..

Aku kan pergi..
Bertemu kekasih abadi..
Tiba masanya..
Kau cari teman pengganti..

Tiada ulasan: