Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Isnin, 28 November 2011


Malam ini teringat aku padamu..
Seakan dirimu hadir menemani aku..
Aku yakinkan diri agar tiada sepi..
Hadirlah ke dalam mimpi aku..

Seandainya aku mampu terbang ke awan..
Akan aku bawamu pulang..
Dirimu yang selalu aku sayang..
Bersama berdua kita bahagia..

Kasih dengarlah hati aku berkata..
Aku cinta kepada dirimu sayang..
Kasih percayalah keapda diri aku..
Hidup mati aku hanya untukmu..

Ahad, 20 November 2011


Alangkah indah bila kita selalu berdua..
Menjaga perasaan kita setiap masa..
Di mana kita tertawa bersama..
Melewati hari dengan senyuman..

Tapi aku tahu ada sesuatu yang terjadi..

Ada batasan diantara kita berdua..
Batasan yang tidak boleh kita rempuh..
Walaupun kita sudah bercinta..

Antara aku dan dia..

Terpampang dua dunia yang berbeza..
Bagaikan sesuatu yang tidak nyata..
Menjadi penghalang cinta kita berdua..

Ketika Senyum itu Hilang


Hati siapa yang tidak akan resah..
Bila ada yang membenci dirinya..
Fikiran siapa yang tidak akan sedih..
Bila dia tidak memperdulikan sekelilingnya..

Ketika sapaan berbalaskan jelingan..

Ketika mata dipalingkan..
Dan mulut diam terkaku..
Siapa yang tidak akan resah..

Aku kah yang bersalah..

Dilahirkan menjadi orang seperti ini..
Atau mereka kah yang bersalah..
Menjadi orang seperti itu..

Alangkah buruknya wajah manusia..

Apabila dia penuh dengan sikap amarah..
Dengki.. benci.. dan cemburu..
Hilanglah lenyap sebuah senyuman yang manis..

Jumaat, 18 November 2011

kenapa............


Kenapa kau rebut.. kau ragut..
kemudian kau hadiahkan dengan kemelut..
kau pindahkan segala semaian kasih..
kau cabut segala tangkai bahagia..
kau lepaskan segala janji..
lalu kau makin hilang..
terpinggir dan terasing..

kenapa mesti kau ramas..
daun-daun rindu nan kering..
kenapa tiada pun setitis simpati..
untuk kau menyulam kembali..
belahan resah kian retak dan parah..

tanpa kenal kusutnya ikatan semalam..
tanpa ingatan penantian dahulu..
dan sepinya jauh tersungkur..

kenapa kau campak kuntuman cinta ini..
ke belukar penuh duri..
kau kata aku mendorongmu..
memasungkan kongkongan..
biarpun bukan itu maksudku..

sesungguhannya kekasihku..
aku telah memagar mahligai impian abadi..
aku telah melupakan menara setia sendiri..
aku telah memamah sembilu kelu batin..
dalam kekosongan jiwa..
dalam kekosongan cinta..

Khamis, 17 November 2011

SaHaBaT


Apa erti SAHABAT ? ..
Jika tidak SUKA MENOLONG..

Apa erti SAHABAT ? ..
Jika asyik BERMASAM MUKA..

Apa erti SAHABAT ? ..
Jika KEJUJURANNYA DIPERTIKAIKAN..

Apa erti SAHABAT ? ..
Jika tiada RASA SAYANG..

Apa erti SAHABAT ? ..
Jika tiada BELAS KASIHAN..

Apa erti SAHABAT ? ..
Jika kebaikan TIDAK DINILAI..

Apa erti SAHABAT ? ..
Jika diri TIADA TEMAN..

SAHABAT yang MULIA..
SAHABAT yang SEBENAR..
SAHABAT yang ABADI..
ADALAH ILMU..
ILMU adalah SAHABAT yang SEJATI !..

Di manakah LETAKNYA KEJUJURAN...
Apakah sebenarnya ERTI PENGORBANAN..
Antara KUASA, CINTA, NAFSU dan KEINSANAN..

Meskipun PELBAGAI KESENSARAAN menimpa hidupmu ..
walaupun KESAKITAN dan KEPERITAN MENJADI BEBAN..
TABAHKAN HATIMU harungi lautan ini..
DEMI MATLAMAT yang kau gapaikan..

BUMI NERAKA pernah kau lalui..
BAGAI MIMPI NGERI bagimu..
BANGUNLAH SAHABATKU.. BANGUN...
SELAGI JASATMU BERDIRI DI BUMI BERTUAH INI..