Isnin, 4 Jun 2012

LARANGAN TANAMAN KONTAN DI KAWASAN AWAM

Definisi tanaman kontan terdiri tanaman seperti pokok pisang, ubi, serai, tebu,sayur dan seumpamanya.

LARANGAN penanaman tanaman kontan di kawasan :-

  1.  Bahu jalan atau kawasan lapang.
  2.  Padang permainan kanak-kanak.
  3.  Zon penampan.

Sebab-sebab tanaman kontan tidak dibenarkan :-
  •  Akta 171 di bawah seksyen 102(d) melarang penanaman tanaman kontan di kawasan operasi majlis.
  • Kacau ganggu kepada kawasan kejiranan.
  • Ketidakselesaan penduduk taman.
Kesan tanaman kontan :-
  •  Menjadi tempat pembiakan binatang/ serangga berbahaya.
  • Menghadkan penggunaan kawasan permainan kanak-kanak dan bahu jalan.
  • Mencacatkan permandangan.
  • Merosakkan struktur tanah.
  • Tempat longgokkan sampah.
  • Menghalang pandangan lalulintas.
Kepada yang ingkar...

Denda tidak melebihi dua ribu ringgit (RM 2,000.00) atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

 MAKLUMAT

Pemilik rumah/ premis yang ingin mengubah atau menukar landskap yang telah disediakan oleh Pihak MDKL kepada rekabentuk landskap sendiri, pemilik rumah/ premis boleh membuat permohonan dan boleh merujuk ke Jabatan Landskap, Majlis Daerah Kuala Langat dengan menggunakan permohonan dan cadangan rekabentuk. Kelulusan tertakluk kepada syarat MDKL.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Alamat :
Jabatan Landskap,
Majlis Daerah Kuala Langat,
No. 31-A, Jalan Suasa 1,
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603-31803135
Fax : 603-31803143

Tiada ulasan:

Catat Ulasan