Isnin, 4 Jun 2012

hantaran/mas kahwin


apakah dengan meminta wang hantaran yang tinggi akan menjaminkan majlis yang sempurna? perlu diingatkan, Islam itu terlalu mudah. Cuma, masyarakat kita yang suka menyusahkan diri dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya... Meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai tanda ukuran hebatnya seseorang wanita itu belum menjaminkan dirinya adalah terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. nilai wang yang tinggi belum tentu juga si isteri dapat membantu suaminya merentasi titian Siratul Mustaqim di akhirat kelak. Justeru itu, perbincangan yang baik perlu dijalankan secara hemah antara pasangan agar Baiti Jannati dapat didirikan dengan sempurna di atas dunia yang sementara ini. Wallahualam.

“Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” HR Ibn Hibban. –



-Muslimah M-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan