Sabtu, 2 Februari 2013

"Setiap dosa yang diancam oleh Allah akan diberi balasan NERAKA, maka itulah yang termauk dalam dosa-dosa besar"



Digariskan oleh ulama' bahawa banyaknya dosa besar itu ada tujuh belas macam. Pembahagiannya adalah seperti berikut :



4 dosa besar terletak di hati.

  1.     Menyekutukan ALLAH
  2.     Terus mengekalkan perbuatan maksiat
  3.      Putus asa dari Rahmat Allah
  4.      Merasa aman dari ancaman seksa Allah.


4 lagi terletak pada lidah.

  1.     Saksi yang berdusta dan batil
  2.      Menuduh orang yg tidak berzina melakukan penzinaan
  3.     Melakukan sihir
  4.      Sumpah palsu


3 lagi terletak di perut.

  1.     Minum minuman memabukkan
  2.     Makan harta anak yatim cara aniaya
  3.     Makan riba


2 lagi dosa di kemaluan

  1.    Zina
  2.    Liwat


2 dosa seterusnya ada di tangan

  1.      Bunuh tanpa hak
  2.      Curi


1 dosa besar terletak di kaki

  1.      Melarikan diri dari medan perang.


1 lagi dosa pada keseluruhan anggota badan

  1.      Berani terhadap kedua orang tuanya.



******************

Hampirnya KIAMAT itu apabila maksiat berleluasa. Dosa besar sudah tidak rasa apa-apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan