Khamis, 17 Januari 2013

"mengapa aku perlu bersedih?

Seorang lelaki telah menyatakan hasrat untuk menjadikan seorang gadis ini sebagai isterinya yang sah tetapi hasratnya telah ditolak kerana gadis ini ingin berbalik kepada kekasih lamanya. 
lelaki ini tidak sedih, tidak menangis, tidak meraung-raung, tidak marah-marah dan tidak bertindak kasar malah membiarkan gadis itu pergi.

maka datang seorang kawan menyapanya. 

"kenapa kamu tidak sedih dan mengapa kamu biarkan sahaja dia pergi kembali kepada kekasih lamanya sedangkan kamu ingin menikahinya?"  

lelaki itu menjawab : 

"mengapa aku perlu bersedih? aku hanya kehilangan seorang yang tidak pernah mencintai diriku sedangkan dia kehilangan orang yang benar-benar mencintainya.
Mungkin Allah dan tentukan jodoh aku dengan orang yang lebih baik daripada dia. dan buat apa memaksa orang yang sudah tidak mempunyai hati terhadap diriku. seandainya dia memang tercipta untuk ku dia akan kembali kepada aku. Allah itu maha adil lagi maha mengetahui"  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan