20 Fakta Israel Yang Belum Kita Ketahui
- · Selain
bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.
- · Setiap
bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga
negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di
tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar
Palestin?
- · Penduduk
Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan
cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.
- · Israel
membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15%
lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel.
Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400
- · penduduk
yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu
penduduk Palestin di daerah itu.
- · Amerika
terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion
US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan
sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.
- · Pemerintah
Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan
senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun
1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun
1981.
- · Sebelum
berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata
nuklear.
- · Panglima
Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel
membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.
- · Israel
meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang
Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun
serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177
lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun
terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran?
Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
- · Israel
merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah
resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya
satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh
Amerika?
- · Sejak
tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan
iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa
yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.
- · Kementerian
Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan
imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.
- · Perdana
Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran
secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.
- · Paderi
besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar
ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga
Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah
(Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di
Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan
menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan
Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang
semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab,
dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah
dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu
makhluk yang jahat dan terkutuk”…… Pelarian Palestin adalah terbesar di
dunia. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin
untuk melawan penjajah yahudi?
- · Walaupun
Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh
prasarana
- · pendidikan
penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar
di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah
peratus penduduknya.
- · Israel
terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan
Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid
tersebut agar runtuh dengan sendirinya.
- · Presiden
Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah
negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia
memimpin?
- · Orang
Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang
Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan