Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Isnin, 6 Julai 2015

Diceritakan oleh Fatin Alwani
Teringat masa mula - mula nak kawin dulu.
Duit simpanan tak da.
Ada pun ngam - ngam untuk ke bulan depan punya makan. 
Macam mana nak kawin?
Fikir macam mana nak kawin.
Abah dengan mak cakap buat mana mampu je.
Dari situ kami buat mana kami boleh.
Saya cakap kat tunang (suami sekarang) "tak payah la hantaran, kite cari duit sama - sama share bayar duit kenduri je. Lebih kurang kita halalkan jelah. Doa banyak - banyak dekat Allah. Mas kawin tak payah banyak , awak ikut negeri sudah lah ".
Dalam kepala masa tu fikir nak lepaskan dulu lepastu tarik nafas lega.
Akhirnya , 30/11/14.
Kenduri kami jadi jugak.
Bajet tak lebih dari 10k tapi alhamdulillah banyak rezeki last minit datang.
Allah dah janji , nak buat benda baik insyaAllah Allah mesti tolong.
Kenduri kami kecik je.
Jemputan 200 orang sahabat dan saudara dekat.
Khemah ada 2.
Pelamin kecik untuk tangkap gambar je.
Gambar pun tangkap guna handphone.
Tu pun nasib baik ada sorang sedara photographer yang baik hati.
Door gift last minit mak cik sponsor.
Lauk kenduri lauk kampung .
Nasi putih tak da nasi minyak pun.
Baju pun sepasang lelaki perempuan dari akad nikah, sanding dan sampai sambut menantu.
Tapi..
Semua serba lengkap .
Ramai yang datang.
Lauk ada lebih lagi .
Alhamdullilah semua berjalan lancar walaupun macam kekok sikit.
Memang susah bila fikir macam mana nak cari duit nikah.
Tambah - tambah ada mentaliti yang suka mintak hantaran mahal - mahal dan melampau sampai menyusahkan si lelaki.
Sepatutnya kita sama - sama nak kawin.
Kita sama - sama tolong menolong dan usaha.
Tak perlu bangga dan asyik membanding - banding dengan orang lain.
Buat lah majlis yang kecik asalkan besar pahala.
Buat apa majlis grand dan besar tapi mengundang dosa?
Wallahualam.
Semoga semua kita berada dalam lindungan Allah.
Suka · Komen · 

Jumaat, 3 Julai 2015

Perkongsian, dari aku yang lemah.
[ sebab raaaaamai sangat yang tanya kisahnya ]
Di Mesir. 
Selepas mendapat tahu akan 'surprise' kembar yang Allah berikan, aku dan suami begitu gembira, bahagia di atas hadiah ini. Aku tahu, terlalu ramai mereka di luar sana yang menginginkan anak kembar. Dan aku dipilih Allah untuk membawa 2 janin di dalam 1 rahim. Tika itu, sangat merasakan betapa sayangnya Allah pada hamba dia dengan memberikan banyak nikmat, sedangkan dosa kita terlalu banyak dan merasakan tidak layak untuk menerima anugerah tersebut. Aku dan suami kembali bermuhasabah diatas apa yang Allah berikan. Sujud syukur dan air mata mengiringi, tanda syukur pada yang Esa.
Dipendekkan cerita, atas beberapa sebab keadaan dunia perubatan di Mesir, kami mengambil keputusan untuk aku pulang ke Malaysia dalam memberikan yang terbaik buat bayi yang dikandung. Walaupun mengetahui berjauhan itu sangat perit bagi mereka yang telah berkahwin. Namun, apa lagi yang lebih berharga selain dua anak di dalam perut ini. Maka kami teruskan. Sikap 'percaya' antara satu sama lain kami terapkan sepanjang berjauhan. Siapa yang tidak sedih, melalui fasa perjalanan mengandung dalam keadaan suami jauh. Namun, dicekalkan hati dan sentiasa mengumpul semangat sedikit demi sedikit supaya sentiasa ceria sepanjang melalui hari demi hari. Mengandung anak kembar bagiku, sangat tabah dan perlu kuat untuk menghadapinya. Ibu-ibu yang mengandung kembar, pasti tahu.
Maka hari demi hari diteruskan seperti biasa, bergilir bulan disisi keluarga mertua dan keluarga sendiri, menanti kepulangan suamiku yang sepatutnya pulang pada minggu ke 33 kehamilan. Ketika kandunganku berusia 29 minggu, takdir Allah menentukan untuk aku bersalin pada waktu ini. Aku sudah mula merasakan sakit-sakit hendak bersalin. Waktu ini, aku berdoa agar anak yang di dalam kandungan masih dapat bertahan untuk tidak keluar sehingga 'due' yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya sehingga kepulangan suami yang berbaki 4 minggu. Namun, aku harus bersedia bila-bila masa sahaja untuk bersalin, dan harus kuat semangat untuk melahirkan anak sulung dalam keadaan suami tiada di sisi.
Alhamdulillah aku selamat melahirkan dua puteri kembar usai azan subuh berkumandang pada 11 Mei 2015. Semua terlalu pantas. Suami tidak sempat untuk pulang kerana masih ada tugas. Kami namakan Maryam Farihah untuk si kakak dan Marsya Farihah untuk si adik. Emotikon smile
Selepas bersalin, kedua bayi terus dimasukkan ke dalam NICU untuk dipantau rapi di atas sebab kelahiran yang sedikit awal. Sepanjang Maryam dan Marsya di hospital, aku berulang alik ke hospital untuk melihat bayi seorang diri dalam keadaan masih berpantang. Sangat respect akan ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak-anak premie. Dalam keadaan diri sendiri sakit-sakit, tetapi tetap melihat anaknya. Begitulah kasih seorang ibu pada anaknya.
Sehinggalah ditakdirkan pada hari yang ke 14, (Ahad, 24 Mei 2015), anak pertamaku Maryam Farihah perlahan-lahan pergi meninggalkan aku. Kata doktor, ada infection dalam darah dan menyebabkan kegagalan oxygen bergerak dengan baik. Aku pun kurang tahu kaitannya, mungkin juga salah faham. Apa pun, aku menjadi saksi semuanya. Subuh dia keluar ke dunia, dan kembalinya juga kepada pencipta pada waktu subuh ditemani hujan rintik-rintik hujan mengiringi pemergian puteri pertama kesayangan kami. Alhamdulillah, aku tenang. Hanya memikirkan suamiku, babanya yang masih belum sempat melihat dan memegang anaknya di depan mata, namun sudah pergi untuk selama-lamanya.. Perginya ke Syurga. Bahagia di sana, sedang bergembira di Syurga.
Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu dari rahimku, dan menjadi mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami sedar yang anak itu hanyalah pinjaman buat kami. Engkau ya Allah yang berhak untuk mengambilnya kembali. Sesuai dengan namanya Maryam, sebagaimana kisah di dalam Al-Quran bersalin bersendirian. Begitu juga denganku yang bersalin bersendirian. Engkau setabah 'Maryam'. Farihah, yang bermaksud kegembiraan, gembiranya engkau di Syurga menemui Allah azza wa jalla.
Kehadiran kedua puteriku membuatkan kami berdua kembali berfikir dan terus berfikir akan hikmah yang Allah berikan semua ini. Episod demi episod datang dan terus datang ke dalam hidup kami. Tidak sempat suamiku melihat perutku yang memboyot-boyot, menemaniku ketika bersalin, melihat dan memegang anaknya, dan kini Engkau memanggil Maryam untuk pulang. Suamiku sangat redha, dan dia sangat tenang dan bersangka baik dengan Allah.
Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan seminggu aku mengandungnya, melihatnya keluar dari perutku, melihat badannya penuh dengan wire di sana sini, memegang jemarinya di nicu, bersembang-sembang, bercerita dengannya, memberi semangat, bernyanyi dan berdoa di depannya, dan membawa jenazah pulang ke rumah. Pertama kali dapat memegangnya, mengucup, meribanya, dan memeluknya di saat jasadnya sudah tidak bernyawa. Namun aku bahagia masih sempat berpeluang menikmati semua itu. Dan Alhamdulillah juga berpeluang untuk memandikan sendiri jenazah anakku itu.
Maryam sangat cantik, sangat bersih, sangat tenang wajahmu sayang. Pasti sudah terbayangkan Syurga yang bakal kau jejaki.
Kehadiranmu membuatkan kami semakin mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih sayang. Aku tahu, ujian itu akan terus datang. Yakin dan percaya pada Allah, nescaya kita akan tenang.
Ayat 11, dari Surah At-Taghabun ( Sila bangun dan cari Quran terjemahan! Atau google! Emotikon tongue ) sangat menjadi motivasi buatku. Semalam terfikir-fikir. Ya Allah, teringinnya untuk aku mati syahid. Aku takut, kematianku bila-bila masa sahaja. Tapi amalku masih belum cukup. Emotikon frown
Terima kasih Maryam Farihah, engkau menganugerahkan pengalaman yang berharga buat mama. Terlalu manis. Dan pastinya suamiku yang banyak mendidik dan memberi semangat untuk aku menghadapi semua ini.
Sekarang bila rindu Maryam, cepat-cepat bayangkan dia yang sedang bermain dan berseronok di Syurga. Main lari-lari ke hehe, macam-macam nikmat ada. Sungguh, tak tergambar ketenangan dan kebahagiaan ini setelah apa yang berlaku. ðŸ˜Š❤
"Kita tak ada apa nak serah pada Allah. Apatah lagi nak berjanji beri ketaatan kalau anak sembuh. Allah tak perlu apa-apa dari kita. Kita yang perlu taat pada Allah. Ketaatan bukan kalau Maryam sembuh je. Apa pun jadi pada Maryam, ketaatan pada Allah tetap kena beri. Kalau lah doa penuh perasaan dan tangisan tu dah cukup untuk Allah makbulkan doa, maka sepatutnya semua rakyat palestin, rohingya, mangsa banjir dan lain-lain dah terkabul hajatnya. Tangisan kebergantungan mereka pada Allah jauh lebih kuat berbanding kita. Ada benda lain yang Allah nak dari kita. Percaya dan cinta sepenuh perasaan. Allah nak bagi syurga. ❤. Kita serahkan Maryam pada Allah" - Nasihat dari encik suami yang cukup menenangkan. Ahhh~.
Kembarnya, Marsya Farihah masih sedang berjuang lagi di nicu. Hari ini cukup 16 hari. Doakan Emotikon smile
P/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan, mendapat puluhan ribu doa dan ucapan. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik ☺
Mama baba sayang Maryam. Tapi sayang Allah pada Maryam melebihi sayang mama baba pada Maryam :')
Suka · Komen · 
  • Yatie's Aziz dan Qyre Kayrie sukakan ini.
  • Dhom Ynas

    Tulis komen...

Khamis, 2 Julai 2015


Dunia sedang tidur Lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu
Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya
Suka · Komen · 

Rabu, 1 Julai 2015

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja
Suka · Komen · 

Jumaat, 26 Jun 2015


Itu bukan hal aku
Bukan hal aku
Itu bukan hal aku
Suka · Komen · 


     Al-Fatiah Buat Arwah Isteriku Norain Binti Othman 
     21/02/2014 Jumaat 8.50 Malam

  • Dhom Ynas

    Tulis komen...

Khamis, 25 Jun 2015

DATANG MU HANYALAH PENDATANG
MENAGIH KASIHAN BERTAPAK DISINI
KAU MERANGKAK DAN DI PIJAK
KAU SELAMBA MUKA SEPOSEN BANGKIT SEMULA
LEMBUT BUDI BICARA PADA MULANYA
KAU DIAM TAK BERSUARA APA YANG DI CERCA
DATANG MU HANYALAH PENDATANG
MENAGIH KASIHAN BERTAPAK DISINI
KAU MERANGKAK DAN DI PIJAK
KAU SELAMBA MUKA SEPOSEN BANGKIT SEMULA
DAN KINI TIBALAH OH HARI MU
NAMA MU TERUS MENYINAR SIAPA YANG TAK KENAL
BAGAI DEDALU HIDUP DI DAHAN
BEGITULAH DI IBARATKAN MU
KAU CIPTAKAN IMEJ YANG BERLAINAN
AGAR ORANG TABIK SAMA LU
PERGILAH ....
DULU GUA MEMANG RESPEK SAMA LU
SEBELUM GUA KENAL SAMA LU
SEKARANG SORRY LAH BRADER ...GUA TAHU LU TERROR ...
JANGAN PULA KAU MEMPERKECILKAN ORANG LAIN
TUHAN MARAH TAU ...TAUBATLAH ...
AKU BUKAN (HENDAK BERMUSUHAN)
KITA JUA (SAMA CARI MAKAN)
CUMA JAGA SIKIT MULUT MU JANGAN CELUPAR
LIHAT RAMAI ANAK BUAH MU BERPALING TADAH ..
Suka · Komen · 

     Al-Fatiah Buat Arwah Isteriku Norain Binti Othman 
     21/02/2014 Jumaat 8.50 Malam

  • Dhom Ynas

    Tulis komen...