Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Jumaat, 27 Januari 2012

Bersabarlah Menunggu Kekasihmu....

Jika kebahagiaan di dunia, hanya sesaat saja. Lalu kenapa kita harus rela, menukarnya dengan timbunan dosa yang bermuara kepada siksa abadi di jahanam sana..

Jika kesusahan di dunia, hanya sementara. Lalu kenapa kita hendak berhenti bersabar menghadapinya. Padahal buah kesabaran adalah manisnya nikmat abadi di Jannah-Nya..

Sabarlah kawan..
Jika kau belum mampu menikah maka bersabarlah.. Mendekatlah kepada-Nya, nescaya akan Dia anugerahkan ketenteraman dalam hati, hingga tiba saatnya menjemput sang kekasih hati..

Sabarlah kawan..
Jika Pencarianmu belum juga mempertemukanmu dengan tulang rusukmu, mungkin penantian ini adalah ujian ketaqwaanmu, akankah kau tetap istiqomah di jalan-Nya? Atau memilih jalan pintas yang tak diredhai-Nya..

Sabarlah kawan…
Mungkin lamanya penantian ini juga dikeranakan khilaf kita. Cuba muhasabah kekurangan dalam diri. Kita inginkan Allah segera memberi.. Namun kita lupa kita tak menyegerakan melaksanakan kewajipan, menunda-nunda solat namun menginginkan jodoh dengan segera.

Apa tidak malu? =.=”

Sabarlah kawan..
Sesungguhnya pasangan hidup, adalah sebagai teman berjuang.. Berjuang bersama membangun cinta kepada Allah..

Jangan IRI.. Jangan pernah IRI melihat kebahagiaan yang mereka dapat dengan mengkhianati Allah.. Kebahagiaan yang didapati dengan jalan melanggar syariat hanyalah tipuan Syaitan yang hendak menyesatkan..

Kebahagiaan yang sejati dalam sebuah rumah tangga adalah ketika sebuah rumah tangga di hiasi dengan cinta Allah. Di lindungi dengan agama Allah. Bukan sebuah rumah tangga dengan harta melimpah dan tawa yang palsu..

Bersabarlah.. Bersabarlah…

Allah bersama orang-orang yang sabar…
Sabar bukan berarti tinggal diam tanpa usaha..
Sabar adalah tabah ketika apa yang di dinginkan belum kita dapat..
Sabar adalah tabah ketika cobaan datang menghadirkan kesedihan..
Sabar adalah tetap teguh dalam ketaqwaan, meskipun hadir berjuta godaan…
Sabar adalah pasrah pada kehendak-Nya, dengan tetap berikhtiar sesuai petunjuk-Nya…

“Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik”

10 PETANDA DIA JODOH KITA…


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Selasa, 24 Januari 2012

DINAMIK - Replika


Jika rindu.. sentuhanmu..
merebakku.. ke sisi..
sepi dalam pancar sinar..
gadisku yang lalu.. ku terharu..

jelmaanmu.. membuaiku..
kala sepi mencari..
seraut wajah ayumu..
dalam tirai kalbu.. asmaraku..

kau bisikan.. realiti cinta.. kepadaku..
mempersona.. sandaranku.. sayang..
kau ratu.. gadis pujaan.. terciptalah syahdu..
keagungngan gadisku..

replika.. sebuah cinta..
anugerah rindu.. kembalimu..
meleraikan etika.. sangsiku..

kau bisikan.. realiti cinta.. kepadaku..
mempersona.. sandaranku.. sayang..
kau ratu.. gadis pujaan.. terciptalah syahdu..
keagungngan gadisku..

replika.. sebuah cinta..
anugerah rindu.. kembalimu..
meleraikan.. etika.. sangsiku..
kau lah ratu.. gadis pujaan.. terciptalah syahdu..

replika.. sebuah cinta..
anugerah rindu.. kembalimu..
meleraikan.. etika.. sangsiku..
kau lah ratu.. gadis pujaan.. terciptalah syahdu..

replika.. sebuah cinta..
anugerah rindu.. kembalimu..
meleraikan.. etika.. sangsiku..

DINAMIK - Pentas Boneka



Pentas Dunia Ini..
Menceritakan Segalanya..
Pahit Dan Manis..
Sudah Menjadi Resamnya..
Secalit Kisah.. insan Kita..

Tawa Dan Tangis..
Hanya Mainan Belaka..
Yang Berselindung..
Di Balik Kepura Puaraan..
Sampai Bilakah.. Begini Aku..

Lalu Aku Pun Terjaga..
Dari Igauan Semalam..
Di Mana Aku.. Berada Kini..
MungkinKah Tersesat Jalan..
Di Jalan Tiada Hujung nya..
Pandu lah Aku Ke Jalan Sebenar..

Hidup Ibarat Boneka..
Yang Tiada Bernyawa..
Haruskah Terus Di Dusta..
Aku Menjadi Mangsa..

Hidup Ibarat Boneka..
Yang Tiada Bernyawa..
Haruskah Aku Terus Begini..

Pimpinlah Tangan Ku Ini..
Tujui Arah Yang Satu..
Moga Ada.. Sinar Bercahaya..
Berakhir Satu Derita..
Yang Masih Aku Terasa..
Pahit Bagaikan Hempedu..
Bisanya Ku Telan Jua..

Yuna - Cinta Sempurna Album Version



Aku manusia lemah..
Selalu terjatuh..
Berbeda aku dari mu..
Kau berdiri.. teguh..
Aku serba tiada..
Aku kekurangan..
Dan bila kau tiba aku hilang.. dari kewujudan..

Sempurnanya sifat mu..
Telusnya hati mu..
Jujurnya niat mu..
Tingginya kesabaran mu..
Lepaskanlah diri ku..
Kerna aku..
tak mampu untuk menanggung sebuah cinta sempurna..
Dari mu..
Dari mu.. oh.. owh..

Bukan aku tak pernah..
Mengerti diri mu..
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku..
Hilangkan rasa itu..
Akhirkan semua..
Dan bila kau sedar..
Aku hilang dari kewujudan..
Oh.. ohh..

Sempurnanya sifat mu..
Telusnya hati mu..
Jujurnya niat mu..
Tingginya kesabaran mu..
Lepaskanlah diri ku..
Kerna aku..
Tak mampu untuk menanggung sebuah cinta sempurna..
Dari mu..
Dari mu.. ohhh..

Sempurnanya sifat mu..
Telusnya hati mu..
Jujurnya niat mu..
Tingginya kesabaran mu..
Lepaskanlah diri ku..
Kerna aku..
Tak mampu untuk menanggung sebuah cinta sempurna..
Dari mu..

Jumaat, 20 Januari 2012

May : Meniti Suratan (HQ Audio)



Dahaga kasih padamu..
Tiada akhirnya..
Dalam kepekatan malam..
Kau lah bintang..
Ku gapai jauh..
Untukmu sentuh..
Namun bagiku hadirmu..
Seminit menjadi penawar..

Sampai bilakah kita ini..
Asyiknya merindu sendiri..
Ada kasih dan ada cinta..
Tapi terhalanglah..
Oleh insan alpa..
Materialistik yang menghukum cinta..
Sebegini..

Bebaskanlah kita ini..
Di belenggu dunia..

Andai hanyut bahtera..
Kita rela di lautan gelora..
Itulah rela..
Kita berdua..

Hadirlah kau kasih..
Nyatakan cintamu..
Doaku yang lama..

Inginku bawamu..
Bersama hasratku..
Meniti suratan..
Agar kenal kebahagiaan..

Takdir kita kasih..
Tuhan menentukan..
Serah keimanan..
Pasti bersinar kebahagiaan..

Jua kau lah insan suci..
Wangian syurgawi..
Pekat malam yang berlabuh..
Aku teguh.. di jiwa..
Kau tiba jua...

Andai hanyut bahtera..
Kita rela di lautan gelora..
Itulah rela..
Kita berdua..

Hadirlah kau kasih..
Nyatakan cintamu..
Doaku yang lama..

Inginku bawamu..
Bersama hasratku..
Meniti suratan..
Agar kenal kebahagiaan..

Takdir kita kasih..
Tuhan menentukan..
Serah keimanan..
Pasti bersinar kebahagiaan..

Jua kau lah insan suci..
Wangian syurgawi..