Mungkinkah Tertawa

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..

Sendiri Menyepi...

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..

Selasa, 14 Disember 2010

gadis misteri


lama...

aku menanti

musim...

saling berganti

mekar layu

di pingir waktu

lama..

aku mencari

dalam angan dan mimpi

kewujudan

gadis misteri

berbagai bentuk dan rupa

bermain di ruang mata

siapa... gerangan agaknya

bukakanlah jendela asmara

moga terang kamar cintaku

moga langit menyeri warna

mewarnakan taman hati ku

berilah daku sayap impian

bawalah daku di awangan

bukakan jendela asmara

untuk ku kenal

resah dan rindu...

Isnin, 13 Disember 2010

malam....


Kedinginan malam ini sungguh lain dari lain.. hatiku jadi sayu seketika.. kerukunan malam ini... kulihat dilangit... Indah sungguh ciptaanNYA.. Bulan yang terang.. menerangi malamku ini... Bintang-bintang berkelipan.. menemaniku malamku ini..

Angin malam menusuk ke tulangku.. kuterasa kedamaian malam ini.. kulihat bumi ini di terangi cahaya lampu yang berwarna-warni..

Indahnya Malam ini... kesayuan ku terubat dikala aku melihat keindahan malam.. ku pasti ada yang sedang seronok di buai mimpi.. mimpi yang mungkin yang telah mereka cuba fikirkan sebelum mereka terlena..

Wahai! sekalian Umat Islam.. janganlah kamu terlena dalam tidurmu.. bangkitlah di waktu dinihari.. dan bersujudlah kepadaNya.. kesunyian malamlah.. yang paling baik untuk kalian bertafakur..

Malam kian larut.. dan fajar pagi akan menjelma.. malam akan kuketemui lagi... selagi mataku masih celik.. selagi nadiku masih berfungsi...

puisi buat bonda

Bonda,

Dalam hati pernah bercerita.

Berkata tentang kita.

Tentang susah senang hidup kita.

Tentang pahit getir perjalanan kita.

Bonda,

Jika dahulu aku buntu.

Jika dahulu aku runsing.

Dan jika dahulu aku buta.

Doa mu masih tak jemu menyusurku.

Bonda,

Biar merpati beralih arah.

Mendung timbul di celahan kaca.

Hujan turun di kutub utara.

Kau insan terindah figura dunia.

Warna memori.

Adakala terluka dan terhiris.

Tiada ku kecil dan tiada ku besar.

Dan bila sang hitam menjelma.

Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.

Hingga terbawa di buai lena maya.

Bonda,

Katakan lah apa saja.

Lautan merah aku renangi.

Gunung tertinggi aku daki.

Si pelangi aku cari.

Setia ku tak kan pudar.

Walau datang ribut melanda.

Bonda,

Jika aku pergi dulu.

Jangan ditangisi semua itu.

Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.

Akan ku kenang peristiwa semalam.

Mencintai mu adalah perkara teristimewa.

Buatku bonda.

teman...........

Teman,
Kala diriku terjerat di penjara
Kala hatiku dibaluti kesayuan rindu
Kala sepi berlabuh di dasar kalbu
Kala irama syahdu menemani diri
Kala menanti kepastian sejuta persoalan
Kau hadir membelai luka
Bingkisan kata menari dihujung jemari
Seakan mengerti bisikan hati.

Teman,
Hari berganti hari
Masa berlalu memakan waktu
Kemesraan tersimpul rapi dilayari rindu
Menanti malam menjemput siang
Agar ikatan keikhlasan mengerat persahabatan.

Teman,
Bunga yang berseri
Ditaburi warna kekusaman
Begitulah..
Suramnya wajah kelakianku
Walau berseri disebalik topeng kedukaan
Jiwa merayu ketenangan
Bertamu disudut kehidupan
Lalu terapung tanpa jawapan

Teman,
Tanpa kusedar dan tanpa kuduga
Walau diri diselimuti sengsara
Mengungkap istilah sebenarnya
Antara setia dan airmata.

Teman,
Sepi,
Resah dan duka
Itulah rencah kekosongan hidupku
Tatkala bicaramu
Senyum dan tawamu
Menguntumkan kegembira

Teman,
Andainya puisi ini kau fahami
Andainya jeritan hatiku kau salami
Andainya impianku bisa kau penuhi…

dambaan insani....

Berikan aku sehembus cinta
biar kudinginkan jiwa meronta.
Hulurkan aku secubit kasih
menyebar belas takkan tersisih.
Tebarkan padaku sejambak simpati
harumlah nanti membujuk hati.
Kurela hadirnya semangat membara
tak gusar kutempoh hangat sang lara.
Sinaran ikhlas pada malam meminjam
merajai siang hingga aku terpejam.
Mutunya pada kesucian cinta
walau dipinta tak terjangkau tinta.

kerana bulu mata masuk ke syurga.........


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa” Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.” Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…” Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,” disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu” Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium” Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu” Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap” Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas” Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu” “Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata” “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.” Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: “Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

kawan...

Sesekali jadilah kawan yang

mendengar dari yang hanya

bercerita.

Ambillah masa untuk

memahami hati dan perasaan

kawan, kerana dia juga seorang

manusia,

dia juga ada rasa takut,

ada rasa bimbang,

sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan

dia juga perlukan kawan

sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia

ketawa,

tetapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kita

sangka.

Disebalik senyumannya itu,

mungkin banyak cerita sedih

yang ingin diluahkan,

disebalik ketenangannya,

mungkin tersimpan seribu

kekalutan,

kita tidak tahu, tetapi

jika kita cuba jadi

sahabat seperti dia,

mungkin kita akan tahu.